Drama Pemburu Rahsia - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Pemburu Rahsia

Saksikan drama terbaru Pemburu Rahsia yang akan menemui penonton mulai 5 September 2023 ini bagi menggantikan drama yang sudah tamat sebelumnya iaitu Aku Yang Kau Sakiti.

Anda boleh saksikan drama ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menenerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Drama 15 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Feroz Kader.

Info Drama

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda di TV3
Tarikh : Mulai 5 September 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Drama Pemburu Rahsia

OST Drama

Lagu : Pemburu Rindu
Penyanyi : Rahmad Mega
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito
Penulis Lirik : Mas Dewangga, Jova Devito

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Drama #PemburuRahsia menampilkan barisan pelakon seperti Intan Najuwa, Adam Lee, Scha Elinnea, Muaz Zabir, Fariz Isqandar dan Kimberly Chuah

Selain itu, terdapat juga pelakon pembantu lain seperti Raff Roslee, Raden Zaharatul, Zarul Umbrella, Haliza Misbun, Jesse Lim, Kween Keela, Silfeny Osman, Adwafri Shah, Izzul Faiq.

  • Intan Najuwa sebagai Alia
  • Adam Lee sebagai Waiz Mikael
  • Scha Elinnea sebagai Marisa Damia
  • Kween Keela sebagai Nadine Ahmad
  • Adwafri Shah sebagai Qayyum
  • Raff Roslee sebagai Syaqir
  • Kimberly Chuah sebagai Elijah
  • Raden Zaharatul sebagai Bella
  • Haliza Misbun sebagai Suraya

Sinopsis Drama Pemburu Rahsia

Drama Pemburu Rahsia mengisahkan tentang Damia iaitu seorang pelajar dan pempengaruh popular ditemui mati dalam kawasan kampus pada malam prom kolej.

Damia yang diminati ramai pengikut Insta-Space tiba-tiba rebah ketika bersiaran di Insta-Space dan perkara ini telah mengejutkan semua pihak.

Ada pihak yang membuat andaian Damia bunuh diri kerana dipulau. Ikmal, Shaqir, Bella dan Eli bimbang jika dikaitkan dengan kematian Damia.

Kematian Damia tidak dapat diterima oleh ibunya, Suraya. Kakak tirinya, Aliya telah pulang ke Malaysia untuk mencari sebab kematian adiknya walaupun polis telah mengklasifikasikan Damia mati kerana  membunuh diri. 

Aliya cuba mencari jawapan dengan mengikut gerak hatinya. Aliya telah membuka akaun Insta-Space kepunyaan Damia dan melihat secara terperinci. 

Aliya kemudiannya menerima satu panggilan misteri, dan perkara ini memaksa Aliya bertindak ke atas Ikmal dan kawan-kawannya. Aliya mengesyaki Damia membunuh diri angkara buli siber daripada rakan-rakannya.

Keadaan menjadi semakin membingungkan apabila Shaqir, Bella dan Eli mula dihantui gangguan misteri. Ikmal diserang dan hampir dibunuh selain menerima ugutan supaya mengaku dia punca kematian Damia.

Selepas itu, bermulanya pula gerakan kempen oleh pelajar-pelajar kolej yang menuntut keadilan atas kematian Damia.

Dengan bantuan Sir Waiz, seorang kaunselor di kolej tersebut, Aliya ingin membuktikan bahawa 5 pelajar tersebut bertanggungjawab atas kematian adiknya, Damia.

Namun, dalam usaha Aliya menyiasat dan mencari kebenaran, kelima-lima pelajar tersebut termasuk Aliya dan Suraya kini mula diancam oleh seorang yang misteri.

Apakah kebenaran di sebalik kematian Damia? Adakah Damia mati bunuh diri atau dibunuh? Apakah sebab sebenarnya Damia menjadi mangsa buli siber? 

Drama Pemburu Rahsia

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Pemburu Rahsia - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3"