Drama Riot! Rebel With A Cause - Sinopsis Dan Tayangan Di Astro Premier

Drama Riot! di Astro Premier

Saksikan drama Astro Original Riot! Rebel With A Cause yang akan menemui penonton mulai 22 September 2023, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Premier saluran 410.

Selain itu, pelanggan Astro boleh strim drama Riot! ini lebih awal iaitu menerusi platform On Demand pada 12.00 tengah malam pada hari yang sama.

Drama siri 10 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Astro Shaw, diarahkan oleh Shamyl Othman dengan nukilan skrip oleh Rafidah Abdullah bersama Khairi Anwar.

Info Drama

Episod : 10
Tayangan : Astro Original di Astro Premier 410 dan On Demand
Tarikh : Mulai 22 September 2023 (Setiap Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Rafidah Abdullah dan Khairi Anwar
Pengarah : Shamyl Othman
Produksi : Astro Shaw

Drama Riot! di Astro Premier

OST Drama

Tajuk Lagu : Langkah Mayatku Dulu
Artis : Nelissa Nizam & Mia Sara Shauki
Komposer : Khairil "LoQue" Ridzwan Annuar
Lirik : Khairil "LoQue" Ridzwan Annuar

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Drama Riot menampilkan barisan pelakon seperti Nelissa Nizam, Mia Sara Shauki, Tami Anadan, Aniq Durar, Rashidi Ishak, Amanda Ang, Rahhim Omar, Uyaina Arshad, Megat Adli, Che Puan Sarimah Ibrahim dan ramai lagi.

Selain itu, beberapa artis tersohor ada buat penampilan dalam drama ini seperti YB Altimet, Suki Low dan Awal Ashaari.

  • Nelissa Nizam sebagai Sal
  • Mia Sara Shauki sebagai Feeqi
  • Tami Anadan sebagai Kristy
  • Aniq Durar sebagai Wid
  • Rashidi Ishak sebagai Prof. Hamzah
  • Amanda Ang sebagai Suzy
  • Uyaina Arshad sebagai Sarah
  • Rahhim Omar sebagai Saiful Amri
  • Megat Adli sebagai Azhar

Sinopsis Drama Riot

Jika sebelum ini, kita dihidangkan dengan hype Projek High Council, kali ini Astro kembali dengan satu lagu siri Original yang mengfokuskan kepada kisah remaja iaitu menerusi Riot! Rebel With A Cause.

Kita bakal dapatkan saksikan pemberontakan anak muda melalui muzik dan lagu! Ianya mengisahkan tentang sebuah band yang diberi nama 'Langkah Mayat' yang membawa lagu dan muzik dengan tema protes untuk mengetengahkan isu sosial yang berlaku di kampus mereka.

Penyanyi utama mereka, Sal yang merupakan mangsa gangguan seksual oleh pensyarahnya bersama-sama rakan seperjuangannya Feeqi, Kristy dan Wid berhasrat untuk memainkan lagu-lagu mereka untuk membawa kesedaran mengenai isu gangguan seksual.

Namun, setiap ahlinya mempunyai kisah tersendiri serta masa lampau yang gelap. Dalam perjuangan mencari keadilan, mereka berdepan dengan pelbagai kejutan dan rahsia gelap yang menguji bukan hanya persahabatan mereka, tetapi juga diri mereka yang sebenar.

Menerusi penceritaan yang penuh dengan perasaan dan dramatik, isu-isu taboo seperti gangguan seksual serta tindakan berbentuk silencing victims dikupas secara mendalam terutamanya impak atau kesan terhadap mangsa.

Drama Riot! di Astro Premier

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Riot! Rebel With A Cause - Sinopsis Dan Tayangan Di Astro Premier"