JDT ACL 2023 [LIVE] Jadual Keputusan Dan Kedudukan Carta Terkini

Jadual perlawanan JDT Kumpulan I AFC Champions League 23-24

Kejohanan kelab bola sepak peringkat tertinggi Asia iaitu AFC Champions League (ACL) untuk musim 2024/2024 kini akan bermula dan Malaysia akan diwakili oleh satu pasukan iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi Liga Malaysia.

Jika di peringkat eropah, kita semua biasa dengan UEFA Champions League (UCL) dimana ianya mempertemukan kelab terkuat bagi setiap liga eropah. Jika di Asia, kita ada AFC Champions League (ACL) atau Liga Juara-Juara Asia yang mana mempertemukan juara antara yang juara.

Jadi Malaysia berjaya diwakili oleh JDT selaku juara Liga Super 2022 yang lalu dan terus akan bermain di peringkat kumpulan bersama-sama kelab Asia terbaik lain seperti Al Itthihad, Mumbai City, Al Hilal, Bangkok United, termasuklah kelab Cristiano Ronaldo, Al Nassr.

Dalam kejohanan Liga-Liga Juara Asia ini, sebanyak 40 pasukan yang layak termasuk Johor Darul Ta'zim dan mengambil bahagian dan kesemuanya dibahagikan dalam 10 kumpulan (A to J) yang terdiri daripada 4 pasukan.

JDT (wakil Malaysia) telah diundi bersama Ulsan Hyundai (wakil Korea), Kawasaki Frontale (wakil Jepun) dan wakil daripada negara jiran Thailand iaitu BG Pathum United. Ini merupakan kali kedua JDT diundi bersama Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale.

Jadi untuk kejohanan ini, ianya akan bermula pada peringkat kumpulan yang akan dimainkan secara home and away. Pada perlawanan pertama bermain di halaman sendiri dan pertemuan kedua bermain di tempat lawan atau sebaliknya.

10 juara kumpulan akan berjaya mara ke peringkat kalah mati di pusingan 16 terbaik disamping 6 naib juara terbaik kumpulan akan ditentukan bagi mengikut jejak langkah ke pusingan seterusnya. Kemudian, undian akan dibuat sekali lagi bagi menentukan lawan masing-masing.

AFC Champions League 2023-2024

AFC Champions League 2023-24 kali ini merupakan edisi ke-42 dimana ianya akan berlangsung daripada 18 September untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan berlangsung sehingga final yang dijadualkan pada 18 Mei 2024.

Urawa Red Diamonds daripada Jepun merupakan juara bertahan dimana mereka telah menumpaskan Al Hilal pada final 2022 yang lalu.

Pada edisi lalu juga, telah mencatat sejarah apabila pasukan Johor Darul Ta'zim menjadi pasukan pertama daripada Malaysia yang berjaya meloloskan diri ke peringkat kalah mati di pusingan 16 terbaik selepas muncul juara kumpulan I ketika itu.

Perjalanan JDT terhenti ketika itu apabila tewas 5-0 kepada Urawa Reds. Kini mereka akan kembali untuk cuba sekali lagi bermain di liga elit ini dan cuba untuk mara ke peringkat yang lebih jauh berbanding musim sebelumnya.

Siaran Langsung Perlawanan AFC Champions League (ACL) 2023-2024

Jika perlawanan liga tempatan juga ada disiarkan di astro, takkan wakil Malaysia bermain di peringkat tertinggi Asia takda siarkan di astro kan. Jangan risau, perlawanan-perlawanan ini ada dimainkan di astro.

Kejohanan AFC Champions League (ACL) untuk musim 2023-2024 yang melibatkan pasukan JDT ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 serta saluran-saluran Astro Supersport untuk perlawanan pasukan lain juga.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming sama ada di Astro Go, percuma untuk pelanggan Astro atau langgan secara berasingan dengan Sooka. Harga bermula RM34.90 sebulan untuk pek sukan.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya pasukan JDT, jangan lupa untuk saksikan perlawanan bola sepak bagi kejohanan AFC Champions League (ACL) untuk musim 2023-2024.

PERINGKAT KUMPULAN

19 September 2023 (Selasa)
FT : Ulsan Hyundai (3) - (1) BG Pathum United - 6.00 pm
FT : JDT (0) - (1) Kawasaki Frontale - 8.00 pm | CH803

3 Oktober 2023 (Selasa)
FT : Kawasaki Frontale (1) - (0) Ulsan Hyundai - 6.00 pm
FT : BG Pathum United (2) - (4) JDT - 8.00 pm

24 Oktober 2023 (Selasa)
FT : Ulsan Hyundai (3) - (1) JDT - 6.00 pm
FT : BG Pathum United (2) - (4) Kawasaki Frontale - 8.00 pm

7 November 2023 (Selasa)
FT : Kawasaki Frontale (4) - (2) BG Pathum United - 6.00 pm
FT : JDT (2) - (1) Ulsan Hyundai - 8.00 pm

28 November 2023 (Selasa)
FT : Kawasaki Frontale (5) - (0) JDT - 6.00 pm
FT : BG Pathum United (1) - (3) Ulsan Hyundai - 6.00 pm

12 Disember 2023 (Selasa)
FT : Ulsan Hyundai (2) - (2) Kawasaki Frontale - 6.00 pm
FT : JDT (4) - (1) BG Pathum United - 6.00 pm

Jadual perlawanan JDT Kumpulan I AFC Champions League 23-24

Carta Kedudukan Peringkat Kumpulan I Di ACL 2023-2024

Kumpulan I P Menang Seri Kalah GD Mata
Kawasaki Frontale 6 5 1 0 11 16
Ulsan Hyundai 6 3 1 2 4 10
JDT 6 3 0 3 -2 9
BG Pathum United 6 0 0 6 -13 0

*kedudukan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

*hanya juara kumpulan dan naib juara terbaik yang akan berjaya mara ke peringkat kalah mati

*Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai telah mengesahkan kedudukan dua teratas dan layak ke pusingan suku akhir

Related : JDT vs BG Pathum United, siaran langsung JDT vs BG Pathum United, perlawanan jdt malam ini, live streaming jdt vs bg pathum united, live streaming game jdt, cara tonton perlawanan jdt secara online, jdt online, jadual siaran langsung jdt, jdt di acl 2023,

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post