MFL Challenge Cup 2023 - Info Jadual & Keputusan Perlawanan [LIVE]

Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan MFL Challenge Cup 2023

MFL Challenge Cup 2023 akan bermula daripada 18 September 2023 dengan pusingan suku akhir sehingga 6 Disember kelak seperti yang dijadualkan bagi pusingan akhir atau final penentuan pasukan manakah yang bergelak juara ketika itu.

Piala Cabaran Malaysia 2023 atau digelar MFL Challenge Cup merupakan sebuah kejohanan yang dicipta bagi pasukan yang tersingkir pada pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023. Pasukan yang menang, mara ke suku akhir Piala Malaysia, manakala yang tewas terus ke MFL Challenge Cup.

Ini sekali gus memberikan satu peluang lagi kepada pasukan-pasukan yang telah tewas pada pusingan awal untuk terus bermain dalam sebuah kejohanan kompetitif yang juga menawarkan piala kejuaraan seperti yang diumumkan oleh MFL.

Jadi kejohanan ini akan bermula daripada pusingan suku akhir dengan melibatkan 8 pasukan kesemuanya. Mereka adalah terdiri daripada 2 pasukan Liga M3 (Harini FT & KL Rovers) serta 4 pasukan Liga Super (Kuching City, Kedah, Kelantan, Kelantan United, Penang & PDRM).

Kesemua pasukan ini akan akan berada dalam Challenge Cup bagi merebut gelaran juara yang mana edisi sebelum ini dimenangi oleh Terengganu II untuk edisi pertama 2018 dan JDT II untuk edisi 2019 sebelum ianya diberhentikan seketika sebelum ini.

Kini 2023, kita bakal dapat saksikan bukan sahaja pasukan daripada liga bawahan, tetapi akan melibatkan pasukan-pasukan daripada Liga Super. Jadi selain JDT, nampaknya kita bakal dapatkan lihat pemenang untuk sesebuah kejohanan.

Untuk format kejohanan, sama seperti Piala Malaysia dimana akan berlangsung secara kalah mati dengan perlawanan timbal balik akan diadakan. Jadi pasukan dengan aggregat yang tertinggi akan mara ke pusingan seterusnya.

Undian Perlawanan 8 Pasukan Dalam MFL Challenge Cup 2023

Berikut merupakan undian awal MFL Challenge Cup 2023 bermula daripada pusingan suku akhir melibatkan pasukan Kelantan United, Kelantan, Kuching City, Kedah Darul Aman, Kuala Lumpur Rovers, PDRM, Penang dan Harini Selangor FT.

MFL Challange Cup 2023

Siaran Langsung Kejohanan MFL Challenge Cup 2023

Ketika berlangsungnya Piala Malaysia, dalam masa yang sama juga akan berlangsungnya Challenge Cup. Jadi perlawanan-perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro dan RTM.

Jika di Astro, anda boleh tonton menerusi Astro Arena Bola dan RTM menerusi TV2, TV Okey dan Sukan RTM. Untuk tontonan secara live streaming, boleh pergi ke Sooka dan RTM Klik mengikut saluran yang menyiarkan perlawanan tersebut.

Jadual Dan Keputusan Kejohanan MFL Challenge Cup 2023

Jadi untuk penyokong-penyokong pasukan yang bermain dalam Challenge Cup 2023, anda pasti inginkan pasukan anda menang sesuatu untuk musim kali ini kan? Mungkin inilah masanya untuk mereka menyinar.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi-aksi bola sepak dalam MFL Challenge Cup 2023 bermula daripada pusingan suku akhir, diikuti dengan pusingan separuh akhir sehinggalah penentuan pemenang dalam final kelak.

SUKU AKHIR

-Perlawanan Pertama-

18 September 2023 (Isnin)
FT : Kelantan United (7) - (0) Kelantan - 9.00 pm | CH803
FT : KL Rovers (1) - (2) PDRM - 9.00 pm | CH804

19 September 2023 (Selasa)
FT : Kuching City (1) - (0) Kedah - 8.15 pm | CH804
FT : Penang (2) - (1) Harini FT - 9.00 pm | CH801

-Perlawanan Kedua-

4 Oktober 2023 (Rabu)
FT : Kelantan (0) - (4) Kelantan United (Agg: 0-11)  - 8.15 pm | CH803
FT : Kedah (0) - (3) Kuching City (Agg: 0-4) - 9.00 pm | CH803

5 Oktober 2023 (Khamis)
FT : PDRM (3) - (1) KL Rovers (Agg: 5-2) - 8.15 pm | CH803

6 Oktober 2023 (Jumaat)
AET : Harini FT (2) - (3) Penang  (Agg: 3-5) - 9.00 pm | CH803

SEPARUH AKHIR

-Perlawanan Pertama-

21 Oktober 2023 (Sabtu)
FT : Penang (1) - (2) PDRM - 5.15 pm | CH803

22 Oktober 2023 (Ahad)
FT : Kuching City (1) - (1) Kelantan United - 8.15 pm | CH803

-Perlawanan Kedua-

4 November 2023 (Sabtu)
Kelantan United vs Kuching City (Agg: 1-1) - 4.45 pm | CH803

5 November 2023 (Ahad)
PDRM vs Penang (Agg: 2-1) - 9.00 pm | CH803

FINAL

TBD

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "MFL Challenge Cup 2023 - Info Jadual & Keputusan Perlawanan [LIVE]"