Akan berlangsung satu perlawanan tertunda bagi aksi minggu kedua puluh Liga Super 2023 iaitu antara Kelantan United FC vs Kuching City FC iaitu pada 4 September 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.
Meskipun kini berada dalam tempoh bagi aksi persahabatan antarabangsa FIFA, perlawanan ini tetap diteruskan berikutan penundaan yang telah dibuat sebelum ini. Sepatutnya ia berlangsung pada 12 Ogos yang lalu, tetapi atas sebab pilihan raya, ianya terpaksa ditangguhkan.
Jika dilihat dalam kalenda Liga Super 2023, kini sudah memasuki minggu kedua puluh satu (LS21), tetapi perlawanan ini adalah untuk minggu kedua puluh (LS20). Jadi selepas perlawanan ini, lengkap perlawanan semasa untuk Kelantan United tetapi masih kurang satu perlawanan untuk Kuching City.
Ini mungkin perlawanan yang boleh digelar sebagai match of the botton league. Kedua-dua pasukan ini kini berada di tangga ketiga tercorot liga. Kelantan United berada di tangga ke-12 dengan mengumpul 8 mata, manakala Kuching City berada di tempat ke-14 dengan 7 mata.
Kedua-dua pasukan ini hanya dibezakan dengan 1 mata sahaja. Mana-mana pasukan yang menang, akan berada di tangga ke-12. Kuching City mampu untuk naik ke tempat yang lebih baik, manakala Kelantan United meskipun menang, hanya mampu berada di kedudukan yang sama.
Pertembungan Kelantan United vs Kuching City
Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu sekali sahaja dalam musim 2023 iaitu ketika pusingan pertama saingan liga dalam minggu ketujuh (LS7) pada April yang lalu. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri sahaja.
Ini merupakan pertemuan kedua dan pastinya penting untuk kedua-dua pasukan. Jika sebelum ini bermain di Sarawak, kini pastinya kelebihan tersebut akan diperoleh untuk pasukan tuan rumah, Kelantan United di Kota Bharu.
Jika dilihat daripada segi prestasi semasa, kedua-dua pasukan ini mempunyai keputusan yang tidak baik dalam tempoh 5 perlawanan terakhir. Kelantan United mampu untuk seri dua kali dan tewas tiga kali, manakala Kuching hanya meraih keputusan seri sekali sahaja dan kesemuanya tewas.
Jadi untuk peminat dan penyokong Kelantan United, datanglah beramai-ramai pada malam ini bagi memberikan sorakan dan sokongan kepada pasukan kesayangan anda sehingga pemain-pemain mampu untuk berikan aksi terbaik sekali gus pulang dengan 3 mata penting.
Oleh itu, jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah mula dijual sama ada boleh beli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.mya atau anda juga boleh dapatkan tiket fizikal yang dijual diperkarangan stadium pada hari perlawanan.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan United vs Kuching City
Satu-satunya perlawanan bola sepak yang akan diadakan pada hari ini, jadi anda boleh saksikan secara langsung di kaca tv anda menerusi saluran RTM di TV Okey dan juga Sukan RTM secara online digital di rtmklik.rtm.gov.my.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka. Disebabkan ianya ditayangkan di RTM, jadi anda tidak perlu langgan apa-apa pakej yang ditawarkan. Anda boleh strim secara percuma.
Jadi jangan lupa saksikan aksi tertunda LS20 Liga Super 2023 antara Kelantan United FC vs Kuching City FC pada 4 September ini, hari Isnin secara langsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV atau live di RTM.
Manakala untuk keputusan perlawanan ini, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat atau habis perlawan pada malam tersebut.
4 September 2023 (Isnin)
FT : Kelantan United (2) - (1) Kuching City
- Abu Kamara 42'
- Ismaheel Akinade 48'
- Jose Porteria 56'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment