KL City vs Kedah Siaran Langsung Liga Super 2023 & Live Streaming

siaran langsung kl city vs kedah liga super 2023 ls22 30 september 2023

KL City akan membuat perhitungan sekali lagi terhadap Kedah Darul Aman dalam saingan Liga Super 2023 kali ini apabila mereka akan bertembung untuk kali kedua.

Kali pertama mereka bertemu adalah pada bulan April yang lalu dalam minggu kesembilan (LS9) yang mana ketika itu Kedah tewas 2-3 kepada KL City.

Meskipun pertemuan tersebut bermain di Alor Setar, Kedah Darul Aman tidak berjaya memanfaatkan bermain di halaman sendiri ketika menerima kunjungan pasukan lawan.

Kini KL City vs Kedah akan berlangsung sekali lagi iaitu pada 30 September 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Ini pastinya menjadi antara perlawanan tumpuan pada hari ini disamping pertemuan Sri Pahang dan Kuching City yang juga berlangsung pada hari dan waktu yang sama.

Jika dilihat daripada prestasi semasa, KL City bukanlah dalam keadaan terbaik berbanding Kedah. Dalam lima perlawanan terakhir, mereka telah tewas sebanyak dua kali dan seri sekali.

Manakala untuk Kedah, mereka hanya seri sekali sahaja dalam tempoh yang sama. Selebihnya, mereka telah menang empat kali berturut-turut sebelum ini.

Jadi jika melihat dalam keadaan tersebut, KL City hanya berkelebihan hanya bermain di halaman sendiri sahaja. Berbanding Kedah yang mempunyai semangat tambahan untuk teruskan momentum terbaik.

Kedah pastinya tidak mahu lagi keciciran mata dan ingin terus mengejar kedudukan tempat kedua dalam saingan Liga Super yang kini diduduki oleh Selangor.

JDT kini sudah pun disahkan sebagai juara Liga Super 2023 sekali gus berjaya mendapatkan slot Asia ke ACL. Manakala tempat kedua akan juga mendapat slot automatik ke Asia dalam cabaran AFC Cup.

Disebabkan itu, masing-masing kini berusaha keras untuk mendapatkan posisi tersebut supaya pada musim hadapan, mereka boleh bermain di pertandingan yang lebih tinggi.

Pemain-pemain KL City sudah tentunya juga tidak mahu melihat pasukannya tewas lagi dan juga berhasrat untuk memperbaiki kedudukan dalam kancah Liga Super.

Jadi untuk merialisasikan harapan tersebut, penonton juga perlu memainkan peranan. Jadi jangan lupa datang ke stadium dan bagi sokongan kepada pasukan kesayangan anda.

Dapatkan segera tiket masuk yang kini sudah boleh mula dibeli sama ada secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal di perkarangan stadium.

Siaran Langsung KL City vs Kedah Liga Super 2023

Bagi anda yang menonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung ke kaca tv menerusi Astro Arena Bola (Saluran 803) atau secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia 2023 bermula dengan harga RM9.90 untuk pas satu perlawanan.

Jadi jangan lupa saksikan KL City vs Kedah Darul Aman pada 30 September ini, hari Sabtu dalam saingan Liga Super 2023 untuk LS22.

30 September 2023 (Sabtu)

FT : KL City (0) - (1) Kedah

  • Ifedayo 45+2' (P)

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bolasepak KL
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "KL City vs Kedah Siaran Langsung Liga Super 2023 & Live Streaming"