Siaran Langsung Malaysia vs Indonesia Hoki Sukan Asia 2023 Hangzhou

Siaran Langsung Malaysia vs Indonesia Hoki Sukan Asia 2023 Hangzhou

Aksi sukan Hoki di Sukan Asia 2022-2023 Hangzhou diteruskan untuk hari ketiga dimana kali ini mempertemukan Malaysia vs Indonesia iaitu pada 28 September 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Gongshu Canal Sports Park.

Secara keseluruhan, perlawanan ini merupakan perlawanan ke-16 bagi kategori Hoki Padang Lelaki dan perlawanan ketiga bagi kedua-dua pasukan termasuk Malaysia. Selepas rehat sehari, mereka kembali untuk aksi seterusnya.

Pada edisi kali ini, kesemua 12 pasukan yang bertanding dibahagikan dalam dua kumpulan terdiri daripada 6 pasukan setiapnya. Malaysia diundi dalam Pool B bersama-sama Korea, China, Thailand, Indonesia dan Oman.

Sebelum ini, Malaysia telah mengharungi dua perlawanan dengan agak baik iaitu ketika bertemu Thailand pada 24 September yang lalu dan kemudian bertemu Oman dua hari selepasnya iaitu pada 26 September 2023.

Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila memenang kedua-dua perlawanan tersebut dengan selesa dan jaringan besar. Ketika perlawanan pertama bertemu Thailand, Malaysia berjaya menjaringkan 9 gol tanpa balas.

Kemudian aksi cemerlang diteruskan lagi apabila skuad Speedy Tigers membelasah Oman dengan jaringan 11 gol berbalas 1. Dengan kemenangan-kemenangan tersebut, Malaysia berada di tempat kedua dibelakang Korea dengan jumlah mata yang sama 6 points.

Jika dilihat dari segi rangking, Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-10 dunia pastinya tidak berhadapan masalah besar untuk menumbangkan Indonesia yang kini berada di tempat ke-70 dalam ranking dunia hoki.

Tetapi Malaysia seharusnya tidak boleh memandang rendah kepada pasukan lawan. Sekiranya lalai, pastinya akan ada kejutan yang dilakukan oleh pihak lawan. Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan sahaja yang akan peringkat seterusnya. Jadi perlu terus komited atlet hoki negara.

Siaran Langsung Hoki Piala Asia Hangzhou 2022-2023

Setiap perlawanan bagi sukan hoki padang di Asian Games Hangzhou 2022-2023 akan dibawakan secara langsung di kaca tv termasuklah perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia. Jadi jangan risau, boleh tengok live.

Perlawanan-perlawanan ini akan disiarkan menerusi Astro di saluran khas yang dibawakan sempena temasya kali ini di Astro Supersport (CH 785 - CH789) termasuk di Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go dan Sooka.

Bagi yang tiada Astro, anda boleh saksikan di RTM iaitu menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Jika tiada ditayangkan di TV, anda boleh saksikan secara live streaming di 6 saluran khas dibawakan secara percuma menerusi sukanasia2022.rtm.gov.my.

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Indonesia

Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi ketiga peringkat kumpulan bagi sukan Hoki Sukan Asia 2022 Hangzhou antara Malaysia dan Indonesia pada 28 September ini, hari Khamis secara langsung di kaca tv anda.

28 September 2023 (Khamis)

FT : Malaysia (9) - (2) Indonesia

  • Ashran Hamsani 5' (FG)
  • Ahdan Asasi 15' (FG)
  • Firhan Ashari 17' (FG)
  • Najmi Jazlan 19' (PC), 35' (PC)
  • Faizal Saari 33' (PC)
  • Shello Silverius 38' (FG)
  • Azrai Abu Kamal 42' (FG)
  • Razie Rahim 43' (PC)
  • Aminudin Mohd Zain 48' (PC)
  • Aulia Al Ardh 55' (PS)

Masa : 3.45 Petang
Venue : Stadium Gongshu Canal Sports Park
Tayangan : Astro dan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Malaysia vs Indonesia Hoki Sukan Asia 2023 Hangzhou"