Siaran Langsung Malaysia vs Thailand Final Sepak Takraw Sukan Asia 2023 Hangzhou

Malaysia vs Thailand Final Sepak Takraw Sukan Asia 2023 Hangzhou

Pemburuan pingat di Sukan Asia 2022-2023 Hangzhou diteruskan oleh atlet Malaysia dan kali ini menerusi sukan Sepak Takraw dalam acara Regu Berpasukan Lelaki.

Selepas melalui beberapa siri perlawanan sebelum ini, akhir skuad negara akhirnya berjaya sampai ke final bagi merebut pingat emas iaitu pertemuan antara Malaysia vs Thailand.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 29 September 2023, hari Jumaat iaitu pada jam 2.00 petang bertempat di Jinhua Sports Centre Gymnasium.

Dalam acara Regu Berpasukan ini, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Indonesia dan Korea. Dua pasukan teratas layak ke peringkat kalah mati di pusingan separuh akhir.

Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila berjaya menidakkan kemaraan Indonesia apabila menang 2-1 dalam perlawanan pertama.

Kemudian dalam perlawanan kedua, sepertinya Malaysia tidak berhadapan masalah ketika bertemu Korea Selatan apabila menang dengan 3-0, sekali gus mengakhiri saingan sebagai juara kumpulan.

Dalam pusingan separuh akhir, Malaysia berdepan dengan Laos selaku naib juara Kumpulan A. Dalam perlawanan ini juga, Malaysia menang dengan hanya melibatkan 2 regu sahaja dengan keputusan 2-0.

Kini di pusingan akhir atau final acara Regu Berpasukan Lelaki, Malaysia akan bertemu bekas pemenang pingat emas Jakarta 2018 iaitu Thailand.

Dengan melayakkan diri ke semi final ini, Malaysia secara automatik berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya pingat perak. Itupun jika tewas. Jika menang bertemu Thailand, pingat emas untuk Malaysia.

Dalam kategori wanita mempertemukan Thailand vs Korea Selatan. Dalam perlawanan tersebut, Thailand berjaya meraih pingat emas apabila menewaskan Korea dengan mata 2-0.

Siaran Langsung Malaysia vs Thailand Sukan Sepak Takraw

Sama seperti sukan-sukan lain juga yang melibatkan atlet Malaysia dimana acara sukan Sepaktakraw juga akan dibawakan secara langsung ke kaca tv penonton di tanah air. Jadi jangan risau, anda boleh tengok live.

Acara Sepak Takraw akan disiarkan menerusi Astro di saluran khas yang dibawakan sempena temasya kali ini di Astro Supersport (CH 785 - CH789) termasuk di Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go dan Sooka.

Selain di Astro, jangan risau, anda boleh saksikan di RTM iaitu menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Jika tiada ditayangkan di TV, anda boleh saksikan secara live streaming di 6 saluran khas dibawakan secara percuma menerusi sukanasia2022.rtm.gov.my.

Jadual Dan Keputusan Final Pingat Emas Sepak Takraw Regu Berpasukan Sukan Asia Hangzhou 2022-2023.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi terpenting Malaysia vs Thailand dalam acara Sepak Takraw Regu Berpasukan Lelaki dalam Sukan Asia Hangzhou 2022.

29 September 2023 (Jumaat)

Malaysia (0) - (2) Thailand

Regu 1 : [15-21, 14-21]

Regu 2 : [13-21, 18-21]

Regu 3 : -

Masa : 2.00 Petang
Tempat : Jinhua Sports Centre Gymnasium
Tayangan TV : Astro dan RTM
Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3

*Thailand menang pingat emas, Malaysia sekadar berpuas hati dengan pingat perak

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Malaysia vs Thailand Final Sepak Takraw Sukan Asia 2023 Hangzhou"