Siaran Langsung Live Streaming Perak vs Sabah Suku Akhir Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Live Streaming Perak vs Sabah Suku Akhir Piala Malaysia 2023

Hari terakhir bagi perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia 2023 bakal berlangsung satu sahaja perlawanan lagi iaitu Perak FC vs Sabah FC pada 25 September 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Perak di Ipoh.

Perlawanan ini adalah penentuan pasukan manakah yang akan bertemu JDT di pusingan separuh akhir selepas mereka telah mengesahkannya ketika menang kepada Negeri Sembilan pada 23 September lepas dengan aggregat 7-1.

Semalam juga, kita sudah ketahui pemenang bagi dua perlawanan sekali gus kedua-duanya mara ke separuh akhir dan bertemu sesama sendiri. Jadi satu lagi perlawanan semi final adalah mempertemukan KL City vs Terengganu.

Kini giliran Sabah dan Perak membuat perhitungan. Pada perlawanan pertama sebelum ini, kedua-duanya terikat dengan jaringan 2-2 dalam tempoh 90 minit perlawanan. Kali ini giliran Perak pula menjadi tuan rumah bagi aksi timbal balik kedua.

Perak mungkin boleh dikatakan antara pasukan underdog yang telah berjaya mara ke peringkat lebih jauh. Pada pusingan 16 terbaik sebelum ini, mereka telah menumpaskan Kedah Darul Aman meskipun dalam saingan liga mereka berada di kelompok bawah pertengahan.

Tetapi dalam saingan Piala Malaysia untuk musim 2023 kali ini, sepertinya mereka mengambil tugasan tersebut dengan serius. Jika mereka mampu untuk tumpaskan gergasi hijau kuning tersebut, kini selangkah lagi untuk menewaskan lagi satu pasukan gergasi borneo.

Jika dilihat, kini mereka terikat dengan jaringan yang sama. Tetapi kelebihan ada pada pasukan Perak selaku tuan rumah. Kali ini mereka akan bermain dihadapan penyokong sendiri yang pastinya akan memberikan semangat tambahan kepada pemain-pemain.

Sepanjang 2023 ini, Perak dan Sabah telah bertemu dua kali termasuk perlawanan pertama sebelum ini. Tetapi dalam saingan liga, mereka setakat ini baru bertemu sekali dan ianya berpihak kepada Sabah. Ini merupakan kali pertama mereka akan bermain di Ipoh, adakah Perak mampu melakar sejarah?

Kali terakhir Perak menumpaskan Sabah adalah pada tahun 2021 dimana ketika itu, kedua-dua pasukan ini bermain di Liga Super. Ketika itu juga, perlawanan berlangsung di Perak dan skuad Seladang menang tipis 2-1 kepada Sabah.

Jadi untuk merialisasikan impian tersebut sekali lagi, penyokong Perak khususnya perlu datang dan penuhkan stadium pada malam perlawanan. Dapatkan tiket segera dimana anda boleh beli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Perak vs Sabah Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2023

Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung ke kaca tv menerusi saluran Astro Arena (saluran 801) dan Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.

Selain itu juga, perlawanan ini turut disiarkan menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey (saluran 146 Astro dan saluran 110 mytv). Bagi yang ingin menonton secara live streaming, boleh pergi ke RTM Klik atau menggunakan aplikasi Sooka.

Jadual Dan Keputusan Perak vs Sabah

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi kedua suku akhir Piala Malaysia 2023 antara Perak dan Sabah pada 25 September ini, hari Isnin bertempat di Stadium Perak atau secara live di kaca tv menerusi Astro dan RTM.

Manakala keputusan perlawanan pula, hanya akan dikemaskini selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

25 September 2023 (Isnin)

FT : Perak (1) - (0) Sabah (Agg: 3-2)

  • Wan Zack Haikal 45'

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Perak
Tayangan TV : Astro Arena, Arena Bola dan TV Okey
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Perak mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2023 bertemu JDT

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post