Siaran Langsung Live Streaming PSIS Semarang vs Selangor Perlawanan Persahabatan 2023

Siaran Langsung Live Streaming PSIS Semarang vs Selangor Perlawanan Persahabatan 2023

Untuk peminat bola sepak tempata khususnya pasukan Selangor, satu perlawanan persahabatan kelab akan berlangsung iaitu antara PSIS Semarang vs Selangor iaitu pada 10 September 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Jatidir, Semarang.

Dari Bandar Acheh kini ke Semarang pula. Itulah perjalanan The Red Giants bagi mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan dikala kalendar FIFA yang kini fokus kepada persembahan pasukan antarabangsa.

Sebelum ini, Selangor telah pun mengharungi satu perlawanan pershabatan bertemu Persiraja Banda Aceh pada 27 Ogos yang lalu. Dalam perlawanan tersebut telah menyaksikan Selangor menang 3-0 hasil jaringan Rahman Daud, Orozco dan Faisal Halim.

Kini mereka akan bertemu satu lagi pasukan yang bertapak di Indonesia. Jika sebelum ini, pasukan lawan tersebut bermain di Liga 2, tetapi untuk lawan kali ini adalah pasukan yang bermain di Liga 1 Indonesia. Pastinya lebih hebat daripada sebelumnya.

Pertemuan kedua-dua pasukan ini sudah pastinya merupakan perlawanan pemanas badan dikala saingan liga kini berehat seketika bagi memberi laluan kepada kedua-dua pasukan antarabangsa beraksi dalam perlawanan persahabatan.

Daripada duduk sahaja atau sekadar buat latihan harian, Selangor FC mengambil inisiatif untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan luar daripada Malaysia. Ini untuk terus mengekalkan momentum dan kecergasan barisan pemain.

Siaran Langsung PSIS Semarang vs Selangor Perlawanan Persahabatan 2023

Perlawanan persahabatan antarabangsa telah pun selesai pada 9 September yang lalu. Tetapi beberapa pemain yang terlibat daripada pasukan Selangor pastinya tetap tidak berkesempatan untuk menyertai perlawanan ini.

Jadi sebelum saingan liga bersambung semula pada minggu hadapan, penyokong Selangor pastinya tidak sabar-sabar untuk saksikan pasukan kegemaran mereka beraksi di atas padang bagi perlawanan bola sepak.

Perlawanan ini tiada disiarkan secara langsung di kaca tv anda khusus penonton di Malaysia sama ada menerusi Astro mahupun RTM. Tetapi anda boleh tonton secara live streaming menerusi laman web www.vidio.com.

Untuk peminat-peminat dan penyokong Selangor FC, jangan lupa untuk saksikan aksi persahabatan 2023 PSIS Semarang FC vs Selangor FC pada 10 September ini, hari Ahad bertempat di Stadium Jatidir, Semarang

10 September 2023 (Ahad)

FT : PSIS Semarang (3) - (3) Selangor

  • Danial Asri 37'
  • Rauf Salifu 53'
  • Gian Zola 61'
  • Ayron Del Valle 73'
  • Riyan Ardiansyah 85'
  • Carlos Fortes 90+4'

Waktu : 7.30 Malam (MYT)
Tempat : Stadium Jatidiri
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming PSIS Semarang vs Selangor Perlawanan Persahabatan 2023"