Sabah Di AFC Cup 2023 : Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan

Sabah Di AFC Cup 2023 : Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan

Saingan AFC Cup 2023-2024 telah bermula sejak 18 September 2023 dan final dijangka akan berlangsung pada 5 Mei 2024 depan. Sabah menjadi antara pasukan yang layak dan ambil bahagian dalam saingan untuk musim kali ini.

Pada edisi kali ini, Malaysia mempunyai 2 wakil dalam saingan Piala AFC. Selain Sabah, Terengganu juga layak untuk bermain di peringkat Asia. Mereka layak sebagai naib juara Liga Super 2023, manakala Sabah sebagai pemenang tempat ketiga.

Untuk musim kali ini, sebanyak 42 pasukan yang bersaing bagi merebut kejuaraan dan trofi AFC Cup dan mereka kesemuanya telah diundi dalam 11 kumpulan yang terdiri daripada 3-4 pasukan setiap daripadanya.

Jika Terengganu diundi dalam Kumpulan G, Sabah pula telah diundi dalam Kumpulan H bersama-sama wakil Vietnam, Hai Phong FC, wakil Singapura iaitu Hougang United dan wakil daripada kelab Indonesia iaitu PSM Makassar.

Ini merupakan penglibatan kali pertama untuk pasukan Sabah di peringkat Asia. Pastinya menjadi titik tolak untuk pasukan tersebut bermain lebih hebat dan menunjukkan wakil Malaysia juga mampu bersaing di peringkat Asia.

AFC Cup 2023-2024

AFC Cup 2023-2024 kali ini merupakan edisi ke-20 dimana ianya akan berlangung dari 18 September 2023 untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan sehingga 5 Mei 2024 yang dijadualkan akan berlangsung perlawanan akhir.

Kelab yang berpengkalan di Oman iaitu Al-Seeb merupakan penyandang juara untuk edisi 2022 yang lalu selepas berjaya menumpaskan wakil negara ketika itu iaitu KL City FC di final dengan jaringan 3 gol tanpa balas.

Jadi untuk Sabah dan kumpulan G, sepak mula mereka secara rasmi akan bermula pada 21 September 2023, hari Khamis. Sabah akan bertemu Hougang United, manakala hai Phong akan melayan kunjungan PSM Makassar di Vietnam.

Siaran Langsung Perlawanan AFC Cup 2023-2024

Jika Liga Juara-Juara Asia (ACL) ada ditayangkan di Astro, Piala AFC untuk tahun ini juga akan ditayangkan di Astro terutamanya melibatkan pasukan-pasukan daripada Malaysia. Jadi anda boleh saksikannya di tv.

Kejohanan AFC Cup untuk musim 2023-2024 yang melibatkan pasukan Terengganu dan Sabah terutamanya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 serta saluran-saluran Astro Supersport untuk perlawanan melibatkan pasukan-pasukan lain.

Selain itu juga, anda boleh tonton secara live streaming sama ada di Astro Go, percuma untuk pelanggan Astro atau langgan secara berasingan dengan aplikasi Sooka. Harga bermula RM34.90 sebulan untuk pek sukan.

Jadual Dan Keputusan AFC Cup 2023 Melibatkan Pasukan Sabah

Penyokong Sabah FC pastinya teruja untuk menyaksikan pasukan mereka bermain di peringkat Asia nanti. Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan bola sepak bagi kejohanan AFC Cup untuk musim 2023-2024

PERINGKAT KUMPULAN

21 September 2023 (Khamis)
FT : Hai Phong (3) - (0) PSM Makassar - 8.00 pm
FT : Sabah (3) - (1) Hougang United - 8.00 pm

5 Oktober 2023 (Khamis)
FT : PSM Makassar (0) - (5) Sabah - 8.00 pm
FT : Hougang United (2) - (1) Hai Phong - 8.00 pm

25 Oktober 2023 (Rabu)
FT : Hai Phong (3) - (2) Sabah - 6.00 pm
FT : PSM Makassar (3) - (1) Hougang United - 8.00 pm

9 November 2023 (Khamis)
FT : Hougang United (1) - (3) PSM Makassar - 6.00 pm
FT : Sabah (4) - (1) Hai Phong - 8.00 pm

30 November 2023 (Khamis)
FT : Hougang United (1) - (4) Sabah - 8.00 pm
FT : PSM Makassar (1) - (1) Hai Phong - 8.00 pm

14 Disember 2023 (Khamis)
Sabah vs PSM Makassar - 8.00 pm
Hai Phong vs Hougang United - 8.00 pm

Sabah Di AFC Cup 2023 : Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan

Carta Kedudukan Peringkat Kumpulan H AFC Cup 2023-2024

Kumpulan H P Menang Seri Kalah GD Mata
Sabah 5 4 0 1 12 12
Hai Phong 5 2 1 2 0 7
PSM Makassar 5 2 1 2 -4 7
Hougang United 5 1 0 4 -8 3

*kedudukan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

*hanya juara kumpulan yang akan berjaya mara ke peringkat seterusnya


Related : jadual sabah di afc cup minggu ini, perlawanan afc cup sabah minggu ini, sabah fc, Sabah vs PSM Makassar, PSM Makassar, afc cup 2023, live streaming afc cup, live streaming perlawanan afc cup minggu ini, live streaming sabah.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Sabah Di AFC Cup 2023 : Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan"