Telefilem Taubatku Di TV3

Saksikan Telefilem Taubatku Di TV3

Hujung minggu anda sekali lagi akan disajikan dengan sebuah telefilem berjudul Taubatku yang mana sebelum ini pernah ditayangkan pada tahun 2018.

Kali ini, ianya kembali dan akan menemui penonton semula  pada 30 September 2023, iaitu pada hari Sabtu ini, bersiaran pada jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3.

Taubatku merupakan sebuah telefilem terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Shahnas Putra dan Nik Nabilah.

Sinopsis Telefilem Taubatku

Telefilem Taubatku yang membawa banyak pengajaran ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Azar Azmi dan Fauziah Nawi.

Mereka dibantu oleh pelakon cilik Syed Ali Murtadha, Idris Khan, Rusdi Ramli, Faezah Elai dan ramai lagi yang terlibat sepanjang penceritaan.

  • Syafiq Kyle sebagai Ismail
  • Azar Azmi sebagai Maisarah
  • Adik Syed Ali Murtadha sebagai Ismail
  • Idris Khan sebagai Safuan

Kisah ini bermula dengan sepasang suami isteri iaitu Ismail dan Maisarah yang telah lima tahun mendirikan rumah tangga tetapi tidak dikurniakan anak.

Pada suatu hari, mereka terjumpa seorang bayi yang diletakkan di tempat pembuangan sampah dan membuat keputusan untuk mengambil dan menjaga bayi tersebut dan memberi nama Iskandar.

Pada awalnya kehidupan mereka bahagia meskipun hidup dalam keadaan serba kekurangan dan Ismail hanya mempunyai kedai menjual sate sebagai mata pencarian.

Tetapi Maisarah mula mengeluh dengan kehidupannya, lagi-lagi mereka diuji dengan keadaan Iskandar yang lumpuh akibat kemalangan. Maisarah menjadi tertekan kerana perlu menguruskan anaknya yang lumpuh tersebut.

Maisarah mula berubah hati dan mengikut bekas tunangnya sebelum ini iaitu Safuan dan meninggalkan suami serta anaknya.

Sejak dari itu juga, Ismail mula berubah dan menjadi baran kepada Iskandar apabila anaknya melakukan kesilapan. Kebajikan Iskandar juga mula terabai.

Apakah yang terjadi pada Iskandar akhirnya? Bagaimana pula kehidupan baru Maisara selepas meninggalkan Ismail bersama anaknya?

Saksikan Telefilem Taubatku Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Taubatku Di TV3"