Ini pastinya menjadi perlawanan tumpuan untuk saingan Suku Akhir Piala Malaysia 2023 kali ini iaitu pertemuan antara Selangor FC vs Terengganu FC berlangsung pada 24 September 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ini merupakan perlawanan timbal balik untuk kedua-dua pasukan dalam pusingan quarter final kali ini. Jadi pastinya menjadi perlawanan yang penting untuk kedua-dua pasukan demi mengejar kejuaraan dan piala untuk tahun ini.
Pada perlawanan pertama sebelum ini, Selangor telah menerima kekalahan ketika bermaind di Kuala Terengganu pada 16 September lalu. Terengganu berjaya membawa bekalan yang selesa apabila menang 2-0 sepanjang tempoh permainan.
Sebelum ini, Terengganu bermain di tempat sendiri dan kali ini dengan bekalan yang ada, mereka akan berkunjung ke kubu kuat Selangor di Petaling Jaya bagi mengharungi perlawanan kedua untuk saingan suku akhir Piala Malaysia 2023.
Jika dilihat dari segi pertemuan untuk musim 2023, kedua-dua pasukan ini hanya pernah bertemu sekali dalam saingan liga dan sekali dalam saingan Piala Malaysia ini. Dan sepertinya, keputusan menunjukkan keseimbangan bagi kedua-dua pasukan.
Pada pertemuan pertama, Selangor pernah membelasah Terengganu sehingga 5-1 iaitu dalam saingan liga pada bulan April yang lalu. Kemudian, Terengganu balas kembali pada perlawanan pertama sebelum ini dengan kemenangan 2-0.
Jika dilihat, apabila bermain di halaman sendiri, mereka akan menang perlawanan tersebut. Jadi untuk perlawanan timbal balik kedua ini, perlawanan akan berlangsung di homeground Selangor. Adakah ini menunjukkan tanda-tanda kemenangan untuk Selangor?
Pada musim 2022 yang lalu, Terengganu dan Selangor telah bertemu di pusingan separuh akhir dan ketika itu juga menunjukkan keputusan hampir sama. Bermain di tempat sendiri, pasukan tuan rumah akan menang perlawanan tersebut.
Tetapi ketika itu, Selangor sepertinya lebih ampuh apabila berjaya menumpaskan Terengganu dengan aggregat 3-2 sebelum mara ke final bertemu JDT. Tapi sayang, Selangor tidak mampu meriah kejuaraan apabila tumpas tipis 2-1 kepada JDT.
Adakah pertemuan tersebut, akan berulang kembali dan memihak kepada Selangor meskipun Terengganu mempunyai sedikit kelebihan yang selesa. Mereka tidak semestinya perlu menjaringkan gol untuk menang, seri pun sudah memadai.
Manakala bagi Selangor, mereka sekurang-kurangnya perlu menjadi tiga gol tanpa membiarkan gol mereka dibolosi untuk mara ke separuh akhir. Pemenang untuk perlawanan ini, akan bertemu KL City yang telah berjaya menempah tiket ke semi final selepas menundukkan Sri Pahang secara aggregat 2-1.
Penyokong Selangor pastinya tidak sabar-sabar untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka di stadium. Jadi datang beramai-ramai dan sebelum itu, jangan lupa dapatkan tiket masuk yang dijual secara online di www.tickethotline.com.my.
Siaran Langsung Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2023 Selangor vs Terengganu
Selain di stadium, penonton di rumah juga pastinya tidak sabar-sabar untuk saksikan aksi kedua-dua pasukan ini. Perlawanan akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.
Jika anda tidak mempunyai Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia 2023 dengan harga serendah RM9.90 untuk pas satu perlawanan.
Jadi jangan lupa temu janji kita bagi menyaksikan aksi kedua suku akhir Piala Malaysia 2023 antara Selangor FC vs Terengganu FC pada 24 September ini, hari Ahad bertempat di Stadium MBPJ atau live di Astro.
24 September 2023 (Ahad)
FT : Selangor (1) - (1) Terengganu (Agg: 1-3)
- Ivan Mamut 24' (P)
- Safuwan Baharudin 69'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
*Terengganu mara ke separuh akhir bertemu KL City selepas mengalahkan Selangor secara aggregat 3-1
Post a Comment