Siaran Langsung Keputusan Live Azeem Fahmi 4x100m Sukan Asia 2022 Hangzhou

Siaran Langsung Azeem Fahmi 100m Sukan Asia 2022 Hangzhou

Bila tibanya giliran sukan Olahraga dalam sesebuah temasya sukan, tumpuan utama pastinya terarah kepada acara pecut 100m terutamanya untuk kategori lelaki.

Jadi untuk Sukan Asia 2022 Hangzhou kali ini, sukan Olahraga akan bermula selama tujuh hari iaitu dari 29 September hingga 5 Oktober 2023 bertempat di Stadium Hangzhou Olympic Sports Centre.

Untuk edisi kali ini, sebanyak 25 negara yang mengambil bahagian dengan jumlah keseluruh seramai 42 atlet yang bertanding dalam acara pecut 100 meter lelaki.

Antaranya seperti negara tuan rumah China, Jepun, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Oman, Arab Saudi, Singapura, Tajikistan, Qatar dan banyak lagi termasuklah atlet dari Malaysia.

Terdapat 2 wakil negara yang akan menggalas cabaran besar bertanding dalam acara 100 meter lelaki kali ini iaitu atlet muda negara yang sedang meningkat naik Azeem Fahmi bersama Khairul Hafiz Jantan.

Khusus untuk acara 100m lelaki ini ianya akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 September 2023 iaitu bermula dengan pusingan pertama, separuh akhir dan final.

Siaran Langsung Acara 100m Lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022-2023

Setiap acara yang melibatkan pasukan negara akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go dan Sooka. Selain itu, juga tersedia di saluran khas Astro Supersport (CH785 - CH789)

Bagi yang tiada Astro, anda boleh saksikan di RTM iaitu menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Jika tiada ditayangkan di TV, anda boleh saksikan secara live streaming di 6 saluran khas dibawakan secara percuma menerusi sukanasia2022.rtm.gov.my.

Jadual Dan Keputusan Pusingan Pertama Acara 100m Sukan Asia Hangzhou 2022

Untuk pusingan pertama, empat atlet yang mencatatkan masa terpantas layak ke pusinga separuh akhir. Azeem Fahmi diundi unutk Heat 3, manakala Khairul Hafiz Jantan di Heat 5.

Keputusan

  • [Heat 4] Azeem Fahmi - 10.28 saat dan layak ke Separuh Akhir (Berada di tempat pertama)
  • [Heat 5] Khairul Hafiz Jantan - 10.48 saat dan layak ke Separuh Akhir (Berada di tempat ke-4)

Jadual Dan Keputusan Separuh Akhir Acara 100m Sukan Asia Hangzhou 2022

Kedua-dua wakil negara masih lagi bermain dalam acara 100m lelaki. Azeem Fahmi diundi dalam larian pertama dan Khairul Hafiz Jantan dalam larian kedua.

Jadual

Untuk larian pertama akan berlangsung pada 30 September 2023, hari Sabtu, jam 7.30 malam. Manakala larian kedua pada jam 7.37 malam selepas larian pertama. Dua pelari teratas layak ke final

Keputusan 

  • [Semi Final 1] Azeem Fahmi - 10.17 saat dan layak ke final (Berada di tempat ke-2)
  • [Semi Final 2] Khairul Hafiz Jantan - 10.63 saat dan tidak layak ke final (Berada di tempat ke-8)

Jadual Dan Keputusan Final Acara 100m Sukan Asia Hangzhou 2022

Azeem Fahmi berjaya ke final selepas menjadi pelari kedua terpantas dalam Semi Final 1. Khairul Hafiz Jantan tersingkir selepas menamatkan larian di tempat terakhir dalam Semi Final 2.

Jadual

Untuk peringkat final acara pecut 100m lelaki akan berlangsung pada 30 September 2023, hari Sabtu, jam 9.55 malam. Sebelum itu berlangsung acara pecut 100m wanita pada jam 9.40 malam.

  1. Saeed Alkhaldi (BRN) - 10.19 saat
  2. Soraoat Dapbang (THA) - 10.16 saat
  3. Lalu Muhammad Zuhri (INA) - 10.12 saat
  4. Hassan Taftian (IRI) - 10.13 saat
  5. Xie Zhenye (CHN) - 10.03 saat
  6. Puripol Boonson (THA) - 10.06 saat
  7. Azeem Fahmi (MAS) - 10.17 saat
  8. Chen Guanfeng (CHN) - 10.18 saat

Keputusan

Emas 🥇- Xie Zhenye - 9.97 saat
Perak 🥈 - Puripol Boonson - 10.02 saat
Gangsa 🥉 - Azeem Fahmi - 10.11 saat

Jadual Dan Keputusan Acara 4x100m Sukan Asia Hangzhou 2022

Seterusnya, Malaysia akan bermain dalam acara 4x100m lelaki iaitu pada 2 dan 3 Oktober 2023 dimana melibatkan 4 atlet iaitu Khairul Hafiz Jantan, Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa, Arsyad Md Saat, Russel Alexander dan Azeem Fahmi.

[Pusingan Pertama]

Jadual

Terdapat satu pusingan yang perlu ditempuhi oleh atlet sebelum mara ke final untuk merebut pingat emas dalam acara ini. Malaysai telah diundi dan akan bermain dalam Heat 1 iaitu 2 Oktober 2023, jam 9.20 pagi.

Keputusan

  • [Heat 1] - Malaysia - 39.40 saat dan layak ke final (Berada di tempat ke-3)

[Final]

Jadual

Peringkat akhir acara 4x100m lelaki melibatkan atlet Malaysia ini akan berlangsung pada 3 Oktober 2023, hari Selasa jam 9.25 malam

  1. N/A
  2. Thailand - 39.57 saat
  3. Chinese Taipei - 39.81 saat
  4. Malaysia - 39.40 saat
  5. Indonesia - 38.56 saat
  6. Korea Selatan 38.75 saat
  7. Jepun - 38.99 saat
  8. China - 38.62 saat
  9. Singapura - 39.70 saat

Keputusan

  • China - 38.29 saat
  • Jepun - 38.44 saat
  • Korea - 38.74 saat
  • Thailand - 38.81 saat
  • Malaysia - 39.19 saat (Rekod Kebangsaan Yang Baru) - DQ
  • Indonesia - 39.25 saat
  • Chiniese Taipei - 39.28 saat
  • Singapura - 39.38 saat

*Keputusan Malaysia dibatalkan kerana kesalah lane infringment

Keputusan 4x100m Lelaki

Emas 🥇- China - 38.29 saat
Perak 🥈 - Jepun - 38.44 saat
Gangsa 🥉 - Korea - 38.74 saat

Keputusan 4x100m Wanita

Emas 🥇- China - 43.39 saat
Perak 🥈 - Thailand - 44.32 saat
Gangsa 🥉 - Malaysia - 45.01 saat

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Keputusan Live Azeem Fahmi 4x100m Sukan Asia 2022 Hangzhou"