Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Suku Akhir Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2023

Pasukan manakah yang bakal ke pusingan seterusnya bakal terjawab apabila pertemuan kedua suku akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim FC vs Negeri Sembilan FC akan berlangsung pada 23 September 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Pada 13 September yang lalu kita sudah saksikan aksi pertama bagi saingan suku akhir antara kedua-dua pasukan ini dimana ianya berpihak kepada kepada penyandang juara, JDT apabila menang tiga gol tanpa balas pada perlawanan tersebut.

Jadi akan berlangsung lagi 90 minit perlawanan kedua dan Negeri Sembilan masih mempunyai peluang untuk comeback dan seterusnya mengakhiri perlawanan ini dengan kemenangan. Mereka sekurang-kurangnya perlu menang empat gol ketika berhadapan dengan JDT.

Jika dilihat pada musim lalu, Negeri Sembilan tersingkir di pusingan suku akhir apabila tewas kedua-dua perlawanan timbal balik bertemu Selangor. Kali ini di tahap yang sama, adakah Negeri Sembilan mampu untuk melakar sejarah ke pusingan separuh akhir?

Keputusan ini pastinya sukar untuk mereka, ditambah pula mereka berhadapan dengan sebuah pasukan yang hampir sempurna ketika ini. Dalam saingan liga, tidak pernah tewas, juara Piala FA 2023 dan juga penyandang juara Piala Malaysia 2022.

Adakah Negeri Sembilan mampu untuk berbuat sesuatu pada malam perlawanan tersebut? Dalam tiga perlawanan sebelum ini pun, mereka tewas 7-0 dan 2-0 dalam aksi liga. Kemudian tewas 3-0 pula dalam perlawanan pertama suku akhir sebelum ini.

Kini pertemuan timbal balik kedua dan pertemuan keempat untuk kedua-dua pasukan ini, adakah Negeri Sembilan betul-betul mampu untuk menang atau sekurang-kurangnya berjaya menjaringkan gol? Adakah miracle akan berlaku nanti ketika bermain di SSI?

Jika sebelum ini, bermain di halaman sendiri, pada minit ke-20, Negeri Sembilan telah pun melepaskan satu gol. Tidak cukup dengan itu, sebelum tamat separuh masa pertama, mereka melepaskan lagi satu gol dan sehinggalah minit-minit akhir perlawanan, satu gol lagi dijaringkan oleh JDT.

Kini mereka bermain away pula di homeground JDT. Sebuah stadium yang menyaksikan bagaimana JDT beraksi dengan baik dan musim ini, mereka hanya tewas sekali sahaja disini, itupun dalam saingan ACL pada minggu lalu.

Pemenang untuk pertemuan JDT dan Negeri Sembilan ini akan bertemu pemenang antara Sabah dan Perak yang mana perlawanan tersebut bakal berlangsung pada 25 September ini. Setakat ini, mereka terikat dengan jaringan 2-2.

Dikatakan, JDT tetap terus akan menurunkan skuad terkuat mereka ketika berhadapan dengan Negeri Sembilan nanti. Jadi penyokong-penyokong semua juga perlu datang berikan sokongan kepada pasukan anda. Dapatkan tiket masuk sekarang secara online di www.tickethotline.com.my.

Jadual Dan Siaran Langsung Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2023 JDT vs Negeri Sembilan

Selesai aksi di peringkat Asia, kini kembali di kancah liga tempatan. Jangan terlepas untuk saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803 serta secara online di Astro Go.

Selain itu, untuk anda yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh saksikan di saluran RTM di Sukan RTM. Boleh juga tonton secara live streaming di RTM Klik dan aplikasi Sooka secara percuma. Tidak perlu kepada apa-apa langganan.

Jadi jangan terlepas saksikan perlawanan penentuan timbal balik kedua suku akhir Piala Malaysia 2023 antara JDT vs Negeri Sembilan pada Sabtu ini, 23 September bertempat di Stadium Sultan Ismail atau live di Astro dan RTM

23 September 2023 (Sabtu)

FT : JDT 4 - 1 Negeri Sembilan (Agg: 7-1)

  • Bergson Da Silva 6', 11'
  • Juan Muniz 29'
  • Zamri Ramli 39'
  • Fernando Forestieri 90+1

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 803 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

*JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post