JDT vs PDRM akhirnya pertemuan ini bakal kita dapat saksikan yang mana ianya bakal melakar sejarah bola sepak tempatan selepas ianya dinafikan seketika pada perlawanan sebelumnya dan kini mungkin akan terjadi.
Johor Darul Ta'zim bakal dinobatkan sebagai juara sedekad apabila menjuarai trofi Liga Super untuk kali kesepuluh berturut sekiranya mereka menang keatas PDRM pada 27 September 2023 bersamaan pada hari Rabu.
Ianya merupakan perlawanan bagi minggu kedua puluh dua (LS22) bagi saingan Liga Super apabila ianya terhenti seketika sejak FIFA Day yang lalu pada September dan diikuti dengan saingan di peringkat Asia dan Piala Malaysia.
Sepatutnya kejayaan JDT sebagai juara Liga Super 2023 boleh dirai lebih awal iaitu ketika bertemu Kedah pada 26 Ogos yang lalu. Tetapi ianya dinafikan oleh Kedah Darul Aman apabila JDT buat kali pertama seri dalam saingan liga.
Kini untuk pertemuan seterusnya, JDT hanya perlukan 1 mata sahaja untuk bergelar juara. Jika mereka menang, mereka juara. Jika mereka seri sekali pun, ianya juga sudah mencukupi. Tetapi sekiranya mereka tewas, sekali lagi kejuaraan tertangguh.
Kita sudah lihat bagaimana JDT yang kini tidak pernah tewas dalam 21 perlawanan sebelum ini. Agak mustahil sekiranya keputusan itu diperoleh daripada pasukan yang kini konsisten setiap perlawanan menjaringkan gol.
Jika dilihat pertemuan untuk kedua-dua pasukan ini juga untuk musim 2023, PDRM tidak pernah menang mahupun seri kepada JDT. Setakat ini, mereka telah bertemu dua kali iaitu dalam saingan Piala FA pusingan pertama dan dalam saingan liga.
Kali pertama mereka bertemu, JDT tidak menghadapi masalah apabila menang selesa 3-0. Kemudian kali kedua, PDRM berjaya menyekat sedikit kemaraan JDT meskipun tewas 1-0 ketika dalam saingan liga pusingan pertama.
Pertemuan pada Rabu ini, merupakan kali ketiga untuk JDT dan PDRM. JDT pastinya inginkan kemenangan sekali gus dapat meraikan kejayaan sebagai juara Liga Super dihadapan penyokong sendiri di Stadium Sultan Ibrahim.
Tetapi PDRM juga pastinya tidak akan mengalah meskipun berhadapan tugas sukar ketika bertandang di SSI. Jika dilihat daripada segi prestasi semasa, PDRM hanya tewas sekali sahaja dalam lima perlawanan terakhir mereka.
Mungkin pada hari perlawanan, mereka juga mampu untuk melakar sejarah apabila menidakkan dan menangguhkan keraian JDT dengan menewaskan pasukan tersebut dan menjadi pasukan pertama yang menang ketika berdepan skuad Harimau Selatan tersebut.
Selain daripada barisan pemain, penyokong juga memainkan peranan untuk kejayaan JDT pada malam tersebut. Jadi datanglah beramai-ramai ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda dengan dapatkan tiket online di www.tickethotline.com.my.
Mungkin dengan kedatangan penyokong pada malam nanti, anda dapat meraikan kejayaan bersama pemain-pemain JDT dan jika ada rezeki mungkin akan ada bunga api. Jadi datang beramai-ramai dan penuhkan stadium nanti.
Jadual Dan Siaran Langsung JDT vs PDRM Liga Super 2023
Adakah malam nanti kita akan dapat saksikan sejarah kemenangan dan kejuaraan JDT buat kali kesepuluh berturut-turut dalam saingan Liga Super yang dikecapikan sejak tahun 2013 yang lalu sehingga kini?
Ianya bakal terjawab pada malam ini apabila pertemuan JDT vs PDRM ini akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran RTM di TV Okey. Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi RTM Klik.
Bagi yang terbiasa dengan aplikasi Sooka, anda juga boleh live stream menggunakan platform tersebut bagi menyaksikan perlawanan ini. Sebab ditayangkan di RTM, jadi tiada langganan diperlukan dan anda boleh strim secara percuma.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi terpenting pada minggu ini iaitu pertemuan JDT vs PDRM dalam saingan Liga Super 2023 untuk minggu LS22 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim atau secara live di RTM.
27 September 2023 (Rabu)
FT : JDT (4) - (0) PDRM
- Bergson da Silva 37'
- Juan Muniz 40'
- Arif Aiman 54' (P)
- Fernando Forestieri 57'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : TV Okey
Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3
*JDT kini dinobatkan sebagai juara Liga Super 2023 untuk kali kesepuluh berturut-turut
Post a Comment