Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Bangladesh Kelayakan Piala Asia U23 Tahun 2024

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Bangladesh Kelayakan Piala Asia U23 Tahun 2024

Hari ini telah tiba lagi, sekali lagi kita bakal dapat saksikan aksi pemain-pemain Harimau Muda dalam pertembungan pertama Malaysia vs Bangladesh dalam pusingan Kelayakan Piala Asia U23 atau AFC U23 Asian Cup 2024.

Pada beberapa minggu yang lalu, skuad ini juga bersama-sama pemain-pemain tambahan yang baru telah melalui satu kejohanan iaitu Piala AFF U23 2023 yang telah berlangsung di Rayong, Thailand. Malaysia mengakhiri saingan di tempat ke-4 ketika itu.

Kini dengan berbekalkan pengalaman yang telah mereka peroleh bersama ketua jurulatih E. Elavarasan, mereka akan mengejar lagi satu kejohanan untuk tahun ini iaitu melayakkan diri ke Piala Asia U23 yang dijadualkan berlangsung pada April 2024.

Jadi dalam pusingan kelayakan ini, sebanyak 55 pasukan kesemuanya yang mengambil bahagian dan hanya 16 slot yang disediakan. Kesemua pasukan akan dibahagikan dalam 11 kumpulan kesemuanya dan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan H bersama Thailand, Filipina dan Bangladesh.

Hanya 11 juara setiap kumpulan bersama 4 naib juara terbaik akan layak ke Asian Cup U23 2024 kelak termasuk Qatar yang telah layak secara automatik sebagai tuan rumah. Jika layak, ianya merupakan penglibatan kali ketiga untuk skuad Harimau Muda dalam Piala Asia B23 ini.

Sebelum itu, Malaysia perlu berhadapan dengan tiga perlawanan secara keseluruhan dengan mengenakan format round-robin satu pusingan. Malaysia perlu menjadi juara Kumpulan H atau sekurang-kurangnya antara 4 yang terbaik bagi kedudukan naib juara untuk layak ke kejohanan Asia tersebut.

AFC U23 Asian Cup 2024 merupakan kejohanan edisi ke-6. Pada edisi 2022 yang lalu, kita telah menyaksikan Arab Saudi berjaya kecapi kejayaan dengan gelaran juara apabila mengenepikan pasukan tuan rumah Uzbekistan dengan jaringan 2-0. Ketika itu, Malaysia mengakhiri saingan tanpa sebarang mata.

Adakah pemain-pemain mudah ini mampu untuk bangkit daripada kekecewaan dalam saingan Piala AFF U23 sebelum ini kerana tidak capai yang ditetapkan? Kali ini pastinya mereka akan memberikan lebih untuk membuktikan mereka juga mampu untuk ke Piala Asia U23 sama seperti skuad senior.

Pusingan kelayakan ini akan berlangsung secara berpusat dan Thailand telah diundi sebagai tuan rumah untuk aksi-aksi kumpulan H. Selepas perlawanan ini, Malaysia akan bertemu Filipina pada 9 September ini sebelum mengakhiri saingan pada 12 September 2023 dengan melawan Thailand.

Siaran Langsung Pusingan Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024 Chonburi Thailand

Pasti peminat-peminat bola sepak tanah air berbelah bahagikan. Ini kerana pada waktu ini juga sebenarnya berlangsung satu lagi perlawanan bola sepak iaitu melibatkan skuad utama Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan FIFA iaitu di Chengdu, China.

Jadi bagi anda yang ingin menyaksikan aksi Harimau Muda, boleh berbuat demikian menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Untuk yang tiada tv, jangan risau, anda boleh tonton secara live streaming di RTM Klik secara percuma sahaja.

Oleh itu, saksikan aksi pemain muda bawah-23 untuk pusingan kelayakan Piala Asia U23 tahun 2024 antara Malaysia vs Bangladesh pada 6 September ini, hari Rabu bertempat di Chonburi Thailand dan live di RTM.

6 September 2023 (Rabu)

FT : Malaysia (2) - (0) Bangladesh

  • Aliff Izwan 81'
  • Fergus Tierney 90+4'

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Chonburi
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Bangladesh Kelayakan Piala Asia U23 Tahun 2024"