Siaran Langsung Sri Pahang vs KL City Suku Akhir Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Siaran Langsung Sri Pahang vs KL City Suku Akhir Piala Malaysia 2023

Hari ini akan berlangsung dua lagi perlawanan bagi saingan Piala Malaysia 2023 untuk suku akhir kedua dan antaranya pertemuan Sri Pahang FC vs KL City FC iaitu pada 24 September 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Darul Makmur di Kuantan.

Ini merupakan perlawanan timbal balik kedua apabila kedua-dua pasukan ini telah bertemu pada 17 September yang lalu dalam perlawanan pertama yang telah berlangsung di Stadium Bolasepak Cheras dimana KL City menjadi tuan rumah ketika itu.

Dalam perlawanan tersebut, KL City berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila berjaya membawa bekalan satu gol untuk bertandang di tempat lawan. Itupun menerusi jaringan sepakan penalti yang diperoleh.

Kini giliran Sri Pahang pula yang menjadi tuan rumah dan melayan kunjungan KL City. Segala kelebihan kini bertukar kepada Sri Pahang apabila bermain di home sendiri. KL City hanya berkelebihan dari segi jaringan gol sahaja.

Meskipun begitu, kedua-dua pasukan ini sebenarnya telah bertemu dua kali sepanjang musim 2023 ini. Kali pertama mereka bertemu adalah dalam saingan liga dimana ianya berpihak kepada KL City sebenarnya meski pun bermain di Kuantan.

Dalam pertemuan tersebut, ianya kekalahan berganda yang terpaksa di terima oleh Sri Pahang ketika itu dimana sebelumnya mereka tumpas buat kali pertama dalam saingan liga untuk musim ini kepada Johor Darul Ta'zim. Kemudian, mereka tumpas lagi kepada KL City.

Pertemuan kedua pula adalah perlawanan pertama sebelum ini dan ini merupakan pertembungan kali ketiga untuk Sri Pahang dan KL City. Bermain di halaman sendiri sebelum ini pun tewas dan bermain di tempat lawan juga, Sri Pahang tewas.

Adakah KL City mampu untuk mencatatkan kemenangan sekali lagi? Atau kali ini Sri Pahang mampu untuk bangkit mengekang kemaraan KL City dan mereka yang mara ke pusingan separuh akhir nanti? Adakah mereka mampu?

Pada musim lalu, Sri Pahang dan KL City kedua-duanya tumpas kepada Terengganu. Sri Pahang tersungkur di pusingan 16 terbaik lagi dan kemudian KL City pula menjadi mangsa kepada Terengganu di pusingan suku akhir.

Kali ini, salah satu pasukan ini akan berjaya mara lebih jauh berbanding pada musim lalu iaitu ke separuh akhir. Sekiranya menang, mereka akan bertemu antara Selangor atau Terengganu di semi final dimana perlawanan tersebut akan berlangsung pada belah malam.

Jadi khusus untuk penyokong tuan rumah, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada petang ini bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Dapatkan sekarang tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2023 Sri Pahang vs KL City

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau kerana perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek Liga Malaysia 2023 serendah RM9.90 iaitu untuk pas satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi kedua suku akhir Piala Malaysia 2023 antara Sri Pahang FC vs KL City FC iaitu pada 24 September ini, hari Ahad bertempat di Stadium Darul Makmur atau tonton live di Astro.

24 September 2023 (Ahad)

FT : Sri Pahang (1) - (1) KL City (Agg: 1-2)

  • Romel Morales 29'
  • Stefano Brundo 90+5' (P)

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka

*KL City mara ke separuh akhir apabila menang secara aggregat 2-1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Sri Pahang vs KL City Suku Akhir Piala Malaysia 2023 (QF-2)"