Telefilem Bapak Tengoklah Nanti Di TV2

Telefilem Bapak Tengoklah Nanti Di TV2

Saksikan telefilem Bapak Tengoklah Nanti yang akan menemui penonton pada 11 September 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Cahaya Sina Sdn. Bhd., diarahkan oleh Malek Rahman dengan nukilan skrip daripada Amy Nawari.

Sinopsis Telefilem Bapak Tengoklah Nanti

Telefilem Bapak Tengoklah Nanti menampilkan barisan pelakon seperti Syazwan Zulkifly, Zaidi Omar, Jasmin Hamid, Jay Iswazir, Rahim Jailani dan ramai lagi.

  • Syazwan Zulkifly sebagai Rahmat
  • Zaidi Omar sebagai Pak Mail Kuyop
  • Jasmid Hamid sebagai Cik Melah
  • Jay Iswazir sebagai Fadzli
  • Rahim Jailani sebagai Datuk Hafiz

Ianya mengisahkan tentang Rahmat iaitu seorang pemuda berusia 25 tahun yang amat manja dengan bapanya.

Akan tetapi, diusia tersebut, dia tidak bekerja dan menganggur sehinggakan bapanya hilang sabar dan menghalunya dari rumah. Rahmat hanya boleh pulang ke kampung selepas menjadi manusian yang berguna.

Disebabkan itu, Rahmat kini tekad untuk berubah dan menyahut cabaran bapanya serta berjanji akan membawa pulang kejayaan di masa akan datang.

Telefilem Bapak Tengoklah Nanti Di TV2

Telefilem Bapak Tengoklah Nanti Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Bapak Tengoklah Nanti Di TV2"