Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf Di TV9

Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf Di TV9

Saksikan telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf yang akan menemui penonton pada 11 September 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azman Yahya aka Jinggo dengan nukilan skrip oleh PGRs Team olahan Sheila Rusly.

Sinopsis Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf

Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf menampilkan barisan pelakon seperti Zarul Husin, Elly Mazlein, Chacha Maembong, Rayyan dan ramai lagi.

  • Zarul Husin sebagai Razif
  • Elly Mazlein sebagai Rita
  • Chacha Maembong sebagai Rima
  • Rayyan sebagai Rafiq

Ianya mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri iaitu Razif dan Rita Sarafina yang begiat aktif dalam industri muzik. Nama mereka gah dalam arena hiburan tanah air.

Razif ditugaskan untuk mencipta sebuah lagu berunsurkan keagamaan yang masih ada unsur rock dengan gabungan alunan irama nasyid untuk sebuah OST filem.

Dia mula bergaul dengan golongan alim ulama dan dalam masa yang sama dia juga tersentuh hati dengan skrip yang diterimanya.

Konflik bermula apabila dia mula nekad untuk berjihad dan meninggalkan segala harta dunia dan memulakan kehidupan baru di kampung.

Isteri dan anak-anaknya mula diabaikan dan tidak mendapat nafkah seperti yang sepatutnya. Sikapnya ini telah menyababkan anak-anaknya mula bergaul bebas dan isterinya semakin jauh.

Akhirnya dia tersedar bahawa kehidupan dunia ini, perlu diseimbangkan antara dunia dan akhirat.

Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf Di TV9"