Telefilem Rahsia Malam Jumaat Di TV3

Telefilem Rahsia Malam Jumaat Di TV3

Saksikan telefilem Rahsia Malam Jumaat yang akan menemui penonton semula pada 4 November 2023 bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi saluran Cerekarama TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem seram komedi asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Orangetreen Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Kyoll Hamzah dengan nukilan skrip daripada Marziah Manaf.

Sinopsis Telefilem Rahsia Malam Jumaat

Telefilem Rahsia Malam Jumaat menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Elfira Loy, Azlee Khairi, Zila Bakarin, Danish Hazriq, Kamarool Hj. Yusof, Ramli Salleh, Shiyrim Husni, Nor Azlin, Nani Jamu dan ramai lagi.

  • Janna Nick sebagai Hana
  • Elfira Loy sebagai Hani
  • Azlee Khairi sebagai Muaz
  • Zila Bakarin sebagai Naemah
  • Danish Hazriq sebagai Ejoi
  • Kamarool Hj. Yusof sebagai Pak Nadim
  • Ramli Salleh sebagai Karim

Ianya mengisahkan tentang dua beradik iaitu Hana dan Nani yang pulang ke kampung untuk melawat ibu dan adik mereka. Ketika mereka pulang ini, sedang kecoh tentang isu pembunuh bersiri yang berlaku dalam kampung mereka.

Pada suatu malam ketika Hani dan Nani pulang dari menonton konsert, mereka terserempak dengan pakcik yang terkapai-kapai tanggannya meminta bantuan dalam sebuah lubang di tepi jalan. Tetapi mereka nampak seakan mayat apabila paktik itu terus kaku.

Disebabkan kejadian tersebut, mereka tidak menceritakan kepada sesiapapun. Kemudian mereka pulang semula ke Kuala Lumpur. Tapi sejak peristiwa tersebut, mereka sering diganggu oleh lembaga lelaki berbaju putih.

Bila sering diganggu, Hana dan Nani dah tak tahan lagi dan cuba menyiasat. Berjaya mereka menyiasat dan apakah rahsia pada malam Jumaat?

Telefilem Rahsia Malam Jumaat Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Rahsia Malam Jumaat Di TV3"