Telefilem Sabar Tak Sabar Di TV9

Telefilem Sabar Tak Sabar Di TV9

Saksikan telefilem Sabar Tak Sabar yang akan menemui penonton anda semula pada 22 September 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2012 ini merupakan terbitan syarikat produksi Rumah Karya Citra, diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Erma Fatima.

Sinopsis Telefilem Sabar Tak Sabar

Telefilem Sabar Tak Sabar menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Anne Abdullah, Aqasha, Indera Hafiz, Sharifah Nadia, Meor Mohd, Zulin Aziz, Nur Jannah dan ramai lagi.

  • Remy Ishak sebagai Salman
  • Tiz Zaqyah sebagai Farhana
  • Anne Abdullah sebagai Kak Sabar
  • Aqasha sebagai Asri
  • Indera Hafiz sebagai Shahkrukh
  • Sharifah Nadia sebagai Oya
  • Meor Mohd sebagai Atoi
  • Zulin Aziz sebagai Mona

Ianya mengisahkan tentang Salman yang berkerja di kedai jahit Sabariah. Namun dia sudah letih dengan tempahan yang begitu banyak dan sikap majikannya yang suka mengambil banyak tempahan walaupun tahu tidak mampu untuk menyiapkannya.

Kebetulan pula teman serumahnya , Shahrukh mahu membuka tapak menjual karpet di uptown. Salman berhenti kerja dan mahu berkerja bersama Shahrukh.

Salman begitu teruja apatah lagi jiran sebelah tapaknya itu ialah janda muda yang cantik bernama Farhana. Namun, Salman mendapat saingan daripada Asri yang berniaga jeans di hadapan tapak jualan Farhana.

Asri memang menyukai Farhana sejak dua tahun yang lalu tetapi tidak dilayan oleh Farhana yang sememangnya sukakan bangsa asing. Saksikan telatah mereka yang penuh ragam menghiburkan..

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Sabar Tak Sabar Di TV9"