Telefilem Tebus Di TV2

Telefilem Tebus Di TV2

Saksikan telefilem Tebus yang akan menemui penonton semula pada 19 September 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi AR Factor Resources Sdn. Bhd., diarahkan oleh Abdul Latif Ismail dengan nukilan skrip daripada Rina Khan.

Sinopsis Telefilem Tebus

Telefilem Tebus menampilkan barisan pelakon seperti Reen Rahim, Nur Risteena Munim, Alya Iman, Rania Humaira, Daniel Lim Santoso, Qazem Nor, Taufik Hidayat Khan dan ramai lagi.

  • Reen Rahim sebagai Sofia
  • Nur Risteena Munim sebagai Elly
  • Alya Iman sebagai Iza
  • Rania Humaira sebagai Aira
  • Daniel Lim Santoso sebagai Jay
  • Qazem Nor sebagai Hasrul

Ianya mengisahkan tentang Sofia iaitu seorang ibu yang berusaha menyelamatkan anaknya yang dipercayai diculik oleh seorang lelaki. Hakikatnya, penculik sebenar ialah seorang wanita kurang siuman yang juga merupakan jirannya.

Wanita tersebut telah mengambil dan menyembunyikan anak Sofia di rumah bagi menggantikan anaknya yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Telefilem Tebus Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Tebus Di TV2"