Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs Terengganu Suku Akhir Piala Malaysia 2023 (QF-2)

Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Selangor Suku Akhir Piala Malaysia 2023

Aksi pertama pusingan suku akhir Piala Malaysia 2023 diteruskan lagi dan kali ini akan mempertemukan Terengganu FC vs Selangor FC dimana ianya akan berlangsung pada 16 September 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Pada pusingan 16 terbaik sebelum ini, kedua-dua pasukan ini berjaya menumpaskan lawan masing-masing dalam perlawanan yang telah berlangsung secara timbal balik iaitu pada 3 Ogos untuk perlawanan pertama dan 18 Ogos untuk perlawanan kedua.

Terengganu telah diundi bertemu dengan pasukan daripada Liga M3 iaitu Kuala Lumpur Rovers. Pada perlawanan pertama, Terengganu tidak berdepan dengan masalah meskipun bermain di tempat lawan dengan menang 4-0. Kemudian di halaman sendiri pun, mereka menang dengan jaringan 3-0 dan aggregat 7-0 sekali gus berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Manakala Selangor bertemu dengan pasukan PDRM. Pada perlawanan pertama, Selangor sepertinya selesa apabila membelasah PDRM dengan jaringan 4-1. Pada perlawanan kedua, Selangor dikejutkan dengan kekalahan 1-2. Meskipun begitu, ianya tidak mencukupi untuk menghalan Selangor mara ke suku akhir dengan aggregat 5-3.

Kini pemenang kedua-dua perlawanan tersebut akan membuat perhitungan di pusingan suku akhir pula. Sama seperti sebelumnya dimana akan dilangsungkan secara timbal balik. Perlawanan pertama bermain di Gong Badak dan seterusnya akan berlangsung di Kelana Jaya.

Jadi untuk penyokong tuan rumah kali ini, datang beramai-ramai untuk penuhkan stadium bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan anda bagi membolehkan mereka membawa pulang kemenangan.

Anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Jadual Dan Siaran Langsung Suku Akhir Piala Malaysia 2023 Terengganu vs Selangor

Untuk anda yang tidak berkesempatan datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang dibawa ke kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming di Sooka.

Untuk mereka yang tiada akses kepada Astro, berita baik untuk anda. Perlawanan ini turut akan ditayangkan di saluran RTM di saluran TV Okey. Selain itu, bagi yang tiada tv, anda boleh strim menerusi RTM Klik.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia 2023 (QF-1) antara Terengganu vs Selangor yang akan berlangsung pada 16 September 2023, hari Sabtu, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan live di Astro dan RTM.

16 September 2023 (Sabtu)

FT : Terengganu (2) - (0) Selangor

  • Ivan Mamut 45+2' (P)
  • Syahmi Zamri 90+4'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zinal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803 dan TV Okey
Live Streaming : RTM Klik | Sooka

24 September 2023 (Ahad)

FT : Selangor (1) - (1) Terengganu (Agg: 1-3)

  • Ivan Mamut 24' (P)
  • Safuwan Baharudin 69'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

*Terengganu mara ke separuh akhir bertemu KL City apabila berjaya menumpaskan Selangor dengan aggregat 3-1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post