Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Malaysia 2023 (Ke-60) Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Malaysia 2023 (Ke-60) Yang Menarik

Kita bakal sambut satu lagi hari bersejarah negara iaitu Hari Malaysia Ke-60 untuk tahun 2023 ini. Jadi kita semarakkan kembali semangat patriotik dalam diri dengan kongsikan kata-kata dan ucapan selamat kepada orang ramai.

Jika pada bulan Ogos yang lalu, kita menyambut Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan yang ke-66. Kini untuk bulan September pula, kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke-60 untuk tahun 2023 dan pasti ianya diraikan lebih meriah.

Ini kerana hari bersejarah ini lah yang membentuk kesemua 14 negeri dalam negara menjadi sebuah negara berdaulat dibawah satu panji dinamakan Malaysia sejak 16 September tahun 1963. Gabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Sama seperti kita menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini kita perlu tonjolkan semangat patriotik dan cintakan akan tanah air. Berikan ucapan-ucapan dan kata-kata positif bagi memeriahkan suasana hari yang bersejarah ini.

Jadi lepas ini, anda boleh la kongsikan kepada ahli keluarga yang jauh mahupun rakan-rakan anda. Boleh kongsikan menerusi aplikasi Whatsapp atau SMS. Selain itu, boleh share di media sosial seperti twitter, facebook, tiktok, instagram dan sebagainya.

Hari Malaysia Ke-60 Tahun 2023

Hari Malaysia disambut di seluruh negara pada 16 September setiap tahun bagi memperingat penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Jadi untuk tahun 2023, kita rakyat Malaysia akan menyambut Hari Malaysia yang ke-60 iaitu pada 16 September 2023 bersamaan pada hari Sabtu.

Sama seperti pada hari Kebangsaan dimana kerajaan telah menetapkan logo rasmi 'Malaysia MADANI' beserta mengangkat tema rasmi iaitu 'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'.

Senarai Ucapan Hari Malaysai Ke-60 Tahun 2023 Dan Pantun Hari Malaysia

Disini ada pelbagai jenis ucapan Selamat Hari Malaysia yang anda boleh gunakan iaitu dalam ucapan selaamt mahpun dalam bentuk pantun. Anda bebas untuk menggunakannya.

Ucapan Hari Malaysia 1

Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun tanggal 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Walau di mana kita berapa, ucapan Selamat Hari Malaysia adalah tanda ingatan buat negara yang kita cintai.

Selamat Hari Malaysia 2023

Ucapan Hari Malaysia 2

Setulus ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga tanah air kita terus aman, maju dan jaya.

Hidup Malaysia, Merdeka Malaysia!

Dirgahayu Malaysiaku!

Ucapan Hari Malaysia 3

Bumi tercinta ini kita pelihara bersama, Malaysiaku, Malaysiamu jua. Selamat Hari Malaysia Ke-60 kepada semua.

Ucapan Hari Malaysia 4

Selamat menyambut Hari Malaysia Ke-60 buat negaraku tanah air tercinta

Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Ucapan Hari Malaysia 5

Selamat Hari Malaysia Ke-60 tahun 2023

Walaupun di mana kita berada, pastinya ucapan Selamat Hari Malaysia sebagai tanda tanda ingatan buat mereka

Ucapan Hari Malaysia 6

Ucapan Selamat Hari Malaysia kepada kpd seluruh Rakyat Malaysia. Moga kita bersama-sama menyemarakan rasa cinta kepada Tanahair dan bersama-sama melindungi Malaysia dari segala anasir luar dan dalam yg menggugat keharmonian Negara

Ucapan Hari Malaysia 7

Selamat Menyambut HARI MALAYSIA

Negara Malaysia Sudah Merdeka,
Terkenal Megah Di Seluruh Dunia,
16 September Hari Malaysia,
Bersatulah Hati Kita Semua

Ucapan Hari Malaysia 8

Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Walaupun di mana kita berada, pastinya ucapan Selamat Hari Malaysia sebagai tanda ingatan buat mereka yang cintakan tanah air ini.

Selamat Hari Malaysia Ke-60

Ucapan Hari Malaysia 9

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Selamat Menyambut Hari Malaysai 2023. Ayuh kita terus kibarkan jalur gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara.

Ucapan Hari Malaysia 10

Raikanlah Hari Malaysia dengan semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan seluruh masyarakat negara ini. Semoga negara ini terus berkembang maju dan sejahtera!

Selamat Hari Malaysia Ke-60

Ucapan Hari Malaysia 11

Selamat menyambut Hari Malaysia dan harapannya semoga tahun ini disambut dengan penuh keharmoniam dan kasih sayang.

Selamat Hari Malaysia 2023

Ucapan Hari Malaysia 12

Selamat Hari Malaysia Ke-60 Tahun 2023

Hayatilah erti kemerdekaan. Eratkan perpaduan di antara kita dalam membentuk Malaysia yang aman dan harmoni. Selamat Menyambut HARI MALAYSIA kepada semua rakyat Malaysia

Ucapan Hari Malaysia 13

Wishing a very Happy Malaysia Day to everyone. This is a joyful day for each one of us and we must celebrate it with everyone around us.

Ucapan Hari Malaysia 14

Let us come together and make the celebrations of Malaysia Day a memorable one. This day is all about wishing everyone for the culture that we have.

Ucapan Hari Malaysia 15

Wishing everyone on Malaysia Day. This day will always remind us that this is a special date for each one of us and we must make the most of it.

Ucapan Hari Malaysia 16

The celebrations of Malaysia Day remind us to come together an celebrate this day together. Warm greetings on this special day to all.

Ucapan Pantun Hari Malaysia Ke-60 Tahun 2023

Pantun Hari Malaysia 1

Bunga Raya di dalam dulang,
Daunnya pula di makan ulat,
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Negara Malaysia kekal berdaulat 

Pantun Hari Malaysia 2

Ibuku Ratu cantik Asia,
Ayahku kacak bukan kepalang,
16 September Hari Malaysia,
Sambut penuh gilang gemilang.

Pantun Hari Malaysia 3

Dikatakan tempat jatuh lagi dikenang,
Inikan pula tanahair darah tumpahku,
Selamat Hari Malaysia setiaku ucapkan,
Moga perpaduan rakyat teguh terpaku.

Pantun Hari Malaysia 4

Negara Malaysia sudah merdeka,
Terkenal megah di seluruh dunia,
16 September Hari Malaysia,
Bersatulah hari kita semua.

Pantun Hari Malaysia 5

Anwar Ibrahim PM kitakan,
Memacu negara hingga persada,
Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,
Tema sambutan Hari Malaysia.

Pantun Hari Malaysia 6

Rukun Negara di amal sentiasa,
Tonggak pegangan jiwa rakyatnya,
Hari Malaysia diraikan kita,
Semoga Malaysia sejahtera selamnya.

Pantun Hari Malaysia 7

Dari Perlis hingga ke Sabah,
Negara makmur rakyat mewah,
Nama Malaysia berdiri megah,
Terus gemilang bumi bertuah.

Pantun Hari Malaysia 8

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Hidup bersatu aman sentosa,
Ayuh kita rakyat Malaysia,
Bersatu hati jiwa bangsa.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-60 diucapkan kepada semua pembaca aimanabdullah.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Malaysia 2023 (Ke-60) Yang Menarik"