Jadual Dan Keputusan Badminton BWF Denmark Open 2023

Jadual Dan Keputusan Badminton BWF Denmark Open 2023

Masih di eropah dan kali ini pemain-pemain badminton dunia akan bergerak ke Denmark pula selepas Finland bagi mengharungi kejohanan BWF Denmark Open 2023 bermula 17 hingga 22 Oktober 2023 bertempat di Arena Fyn di Odense Denmark.

Pada edisi 2022 lalu, kita dapat lihat, perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke final sebelum tewas kepada Shi Yu Qi. Selain itu, 2 regu lelaki iaitu OngTeo dan ChiaSoh beserta regu campuran GohLai berjaya mara sehingga ke semi final.

Denmark Open Presented by Victor merupakan kejohanan yang ke-25 dalam kalendar BWF World Tour 2023 dimana menawarkan mata rangking beserta hadiah wang tunai berjumlah USD 850,000 atau sekitar RM4 juta secara keseluruhan.

Denmark Open 2023

Kejohanan : Denmark Open 2023 presented by Victor
Status : Super 750
Tarikh : 17 - 22 Oktober 2023
Venue : Arena Fyn, Odense Denmark
Hadiah : USD 750,000 (~RM4.0 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Denmark Open 2023

Berikut merupakan senarai pemain negara yang layak dan mengambil bahagian dalam kejohanan BWF Denmark Open 2023 kali ini bersama-sama pemain dibawah naungan BAM dan pemain profesional negara.

Terdapat sekurang-kurangnya seorang wakil bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Ini senarai penuh pemain Malaysia yang mengambil bahagian:

[Perseorangan Lelaki ]- Lee Zii Jia, Ng Tze Yong

[Perseorangan Wanita] - Goh Jin Wei

[Beregu Lelaki] - Man Wei Chong/Kai Wun Tee, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik

[Beregu Wanita] - Pearly Tan/Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Anna Ching Yik Cheong/Teoh Mei Xing

[Beregu Campuran] - Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Goh Soo Huat/Lai Shevon Jemie

Siaran Langsung Perlawanan Badminton BWF Denmark Open 2023

Setiap minggu nampaknya, BL sibuk dengan kejohanan yang berterusan. Lepas satu, satu kejohanan yang berlangsung dan Terbuka Denmark ini juga turut ditayangkan secara langsung di kaca tv pada hari perlawanan.

Jadi khusus untuk peminat sukan badminton, anda boleh saksikan menerusi Astro Supersport (saluran 814) dan secara online di Astro Go. Sebab ianya Super 750, tayangan siaran langsung hanya bermula pada hari kedua iaitu pada 18 Oktober (Selasa).

Tapi untuk hari pertama dan hari-hari berikutnya, selain daripada tayangan di kaca tv, anda boleh juga tonton secara live streaming yang dibawakan menerusi saluran youtube rasmi BWF di @bwftv. Lebih banyak pilihan.

Jadual Dan Keputusan Denmark Open 2023 (Malaysia)

Jangan lupa untuk saksikan kembali aksi-aksi pemain badminton handalan dunia dalam kejohanan BWF Denmark Open 2023 dari 17 hingga 22 Oktober ini bertempat di Odense Denmark dan secara langsung di Astro.

Berikut merupakan jadual perlawanan yang hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sahaja. Manakala keputusan bagi setiap perlawanan tersebut, hanya akan dikemaskini disini selepas tamat perlawanan.

17 Oktober 2023 (Selasa) - Pusingan 32

~ Perlawanan pembukaan bermula pada pukul 3.00 pm. Live streaming : Link 1 | Link 2

[XD] Yee Hong Wei/Lee Chia Hsin (TPE) vs (MAS) Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie - [19-21, 22-20, 21-17]

[XD] Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (NED) Robin Tabeling/Selena Piek - [16-21, 10-21]

[MD] Ong Yew Sin/Teo Ee Yi (MAS) vs (IND) S Rankireddy [3]/Chirag Shetty - [WO]

[MD] Christo Popov/Toma Junior Popov (FRA) vs (MAS) Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik - [16-21, 18-21]

-------------------------------------------

18 Oktober 2023 (Rabu) - Pusingan 32

~ Perlawanan pembukaan bermula pada pukul 3.00 pm. Live streaming : Link 1 | Link 2

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (GER) Linda Efler/Isabel Lohau - [21-18, 19-21, 21-17]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (CHN) Lu Guang Zu - [18-21, 11-21]

[MD] Akira Koga/Taichi Saito (JPN) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee - [21-18, 21-16]

[WS] He Bing Jiao [5] (CHN) vs (MAS) Goh Jin Wei - [21-11, 21-10]

[XD] Mathias Thyrri/Amelie Magelund (DEN) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [15-21, 21-23]

[WD] Zhang Shu Xian [6]/Zheng Yu (CHN) vs (MAS) Anna Cheong/Teoh Mei Xing - [21-18, 21-14]

[MS] Julien Carraggi (BEL) vs (MAS) Lee Zii Jia - [21-19, 15-21, 10-21]

-------------------------------------------

19 Oktober 2023 (Khamis) - Pusingan 16

~ Perlawanan pembukaan bermula pada pukul 3.00 pm. Live streaming : Link 1 | Link 2

[XD] Yeung Nga Ting/Yeung Pui Lam (HKG) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [21-15, 17-21, 22-20]

[XD] Puavaranukroh [5]/Taerattanachai (THA) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [21-15, 21-12]

[MD] Mohd Ahsan/Hendra Setiawan (INA) vs (MAS) Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik - [21-16, 5-21, 15-21]

[MS] Viktor Axelsen [1] (DEN)* vs (MAS) Lee Zii Jia - [WO]

[MD] Akira Koga/Taichi Saito (JPN) vs (MAS) Ong Yew Sin/Teo Ee Yi - [17-21, 20-22]

-------------------------------------------

20 Oktober 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

~ Perlawanan pembukaan bermula pada pukul 6.00 pm. Live streaming : Link 1 | Link 2

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (JPN) Kenta Nishimoto - [21-18, 21-18]

[MD] Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (CHN) He Ji Ting/Ren Xiang Yu - [24-22, 18-21, 21-12]

[MD] Kim Astrup [7]/Anders Rasmussen (DEN) vs (MAS) Ong Yew Sin/Teo Ee Yi - [21-19, 11-21, 21-14]

-------------------------------------------

21 Oktober 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

~ Perlawanan pembukaan bermula pada pukul 3.00 pm. Live streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2 | Link 3

[MD] Kim Astrup [7]/Anders Rasmussen (DEN) vs (MAS) Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik - [21-16, 15-21, 15-21]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (HKG) Lee Cheuk Yiu - [21-15, 21-17]

-------------------------------------------

22 Oktober 2023 (Ahad) - Final

~ Perlawanan pembukaan bermula pada pukul 6.00 pm. Live streaming : Link 1 | Link 2

[WD] Chen Qing Chen/Jia Yi Fan (CHN) vs (JPN) Nami Matsuyama [5]/Chiharu Shida - [21-16, 21-13]

[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (CHN) Feng Yan Zhe [3]/Huang Dong Ping - [21-16, 15-21, 24-26]

[WS] Chen Yu Fei [3] (CHN) vs (ESP) Carolina Marin [6] - [21-14, 21-19]

[MD] Shohibul Fikri/Bagas Maulana (INA) vs (MAS) Aaron Chia [5]/Soh Wooi Yik - [13-21, 17-21]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (CHN) Weng Hong Yang - [12-21, 6-21]

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain di kejohanan Denmark 2023, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwf.tournamentsoftware.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Dan Keputusan Badminton BWF Denmark Open 2023"