Drama My Famous Ex Boyfriend - Sinopsis Dan Tayangan Astro Ria

Drama My Famous Ex Boyfriend

Saksikan drama terbaru My Famous Ex Boyfriend yang akan menemui penonton mulai 23 Oktober 2023, bersiaran pada hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Buat kali pertama kita bakal dapat saksikan Hael Husaini iaitu seorang penyanyi dan komposer terkenal yang telah berkecimpung dalam industri tersebut lebih 17 tahun akan muncul sebagai pelakon pula.

Drama 24 episod yang di adaptasi daripada novel Petrichor karya Nurul Syahida ini merupakan terbitan syarikat produksi iFabulous Art Media & Event dan diarahkan oleh Hadith Omar.

Episod : 24
Bersiaran : Slot Megadrama di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 23 Oktober 2023 (Isnin - Khamis)
Waktu : 10.00 Malam
Pengarah : Hadith Omar
Produksi : iFabulous Art Media & Event

Drama My Famous Ex Boyfriend

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

My Famous Ex Boyfriend menampilkan Hael Husaini, Qasrina Karim dan Nadhir Nasar sebarai teraju utama. Mereka dibantu oleh pelakon lain seperti Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Nur Aisyah, Ahmad Nur Zaki, Aleza Shadan dan ramai lagi.

  • Hael Husaini sebagai Haque Zuhal/Ishaak
  • Qasrina Karim sebagai Sameera
  • Nadhir Nasar sebagai Jamie
  • Jasmin Hamid sebagai Sofia
  • Ryzal Jaafar sebagai Ned
  • Cupcake Aisyah sebagai Dahlia

Sinopsis Drama My Famous Ex Boyfriend

Drama My Famous Ex Boyfriend merupakan drama yang menggambarkan kesan buruk buli siber yakni salah satu isu sosial popular yang kerap berlaku di kalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda yang lebih dikenali sebagai 'digital natives'.

Drama rantaian ini mengisahkan kehidupan Sameera yang bertemu dengan Ishaak ketika remaja dan saling jatuh cinta sebelum Ishaak ditawarkan untuk menjadi seorang artis popular dengan nama Haque Zuhal.

Populariti Haque mengakibatkan keretakan hubungan mereka sehingga membuat kehidupan Sameera penuh dengan cabaran dan rintangan yang diterima oleh pengikut-pengikut sosial media.

Sukar buat Sameera untuk melupakan cinta pertamanya sehingga dia bertemu dengan Jamie yang berkongsi peristiwa silam yang sama. 

Drama My Famous Ex Boyfriend

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama My Famous Ex Boyfriend - Sinopsis Dan Tayangan Astro Ria"