Drama That Cover Girl - Sinopsis Dan Tayangan Di Prime Video

Drama That Cover Girl Prime Video

Sebelum-sebelum ini, kita dah pernah saksikan siri original tempatan yang dikeluarkan oleh setiap syarikat penstriman yang berada di pasaran Malaysia tapi belum lagi untuk Amazon Prime Video.

Jadi disebabkan itu, demi menarik lebih banyak pengguna Malaysia khususnya, akhirnya Prime Video telah mengeluarkan drama siri original tempatan mereka sendiri bertajuk 'That Cover Girl'.

Drama siri 6 episod ini mula ditayangkan pada 19 Oktober 2023 serentak untuk semua episod. Jadi anda boleh binge-watch pada bila-bila masa di mana-mana sahaja untuk kesemua episod.

That Cover Girl mendapat sentuhan daripada dua pengarah hebat iaitu Abid Hussain dan Megat Sharizal dimana ideal asal dihasilkan oleh Abid Hussain dan penerbitan daripada Creative Stew.

That Cover Girl

Episod : 6
Tayangan : Prime Video
Tarikh : Mulai 19 Oktober 2023 (Semua Episod)
Idea Asa; : Abid Hussain
Pengarah : Abid Hussain & Megat Sharizal
Produksi : Creative Stew

Drama That Cover Girl Prime Video

Pelakon & Watak Lakonan

Drama siri ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Siti Saleha, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Aiman Hakim Ridza, Melissa Campbell, Christina Suzanne, Yasmin Hani, Hana Tiha, Raz Gabriel Sho dan ramai lagi.

  • Siti Saleha sebagai Sofi Safwan
  • Hisyam Hamid sebagai Arif
  • Aiman Hakim Ridza sebagai Darius
  • Alicia Amin sebagai Laila
  • Melissa Campbell sebagai Su Ann
  • Raz Gabriel Sho sebagai Aslan
  • Hana Tiha sebagai Hana
  • Yasmin Hani sebagai Dania
  • Christana Suzanne sebagai Malaika

Sinopsis Drama That Cover Girl

Drama That Cover Girl mengisahkan tentang Sofia Safwan iaitu seorang tokoh dan ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang industri fesyen dan mempunyai empayar yang luas sehingga ke Paris.

Bukan itu sahaja, dia juga merupakan seorang isteri yang patuh kepada seorang suami yang memberikan kasih sayang dan dorongan kepadanya.

Malangnya, terdapat beberapa kejadian malang dalam usaha perniagaanya, yang melibatkan masalah skandal dan persekitaran kerja yang tidak menyenangkan.

Meskipun perlu menghadapi cabaran tersebut, dia tetap berdedikasi tanpa goyah untuk menyelesaikan masalah dan isu perniagaan dan perkahwinannya. Dia tetap berdepan dengan segala komplikasi lanjut yang timbul di sepanjang jalan.

Langgan Prime Video

Jadi untuk peminat drama melayu tempatan dan ingin menyaksikan That Cover Girl, anda boleh langgan di platform web atau aplikasi Prime Video dengan harga RM25 sebulan bagi mendapatkan akses penuh untuk semua kandungan.

Drama That Cover Girl Prime Video

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama That Cover Girl - Sinopsis Dan Tayangan Di Prime Video"