Filem Cerana Biduk Bu Merah Temui Penonton Di Pawagam Pada 12 Oktober Ini

Filem Cerana Biduk Bu Merah

Untuk peminat filem seram tempatan, mulai 12 Oktober 2023, anda boleh saksikan filem Cerana Biduk Bu Merah yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura.

Filem yang mengisahkan tentang amalan syirik, pendamping dengan saka, semangat dan spiritual yang masih berlaku dalam masyarakat ini ditulis oleh Siti Jasmina.

Ianya diterbitkan oleh Goldhill Pictures Sdn. Bhd., manakala Haizrul Anafer Ali bertanggungjawab untuk mengarahkan filem ini sehingga tamat.

Barisan Pelakon & Watak

Terdapat beberapa nama besar yang terlibat dalam filem Cerana Biduk Bu Merah ini seperti Fasha Sandha, Pekin Ibrahim dan Wan Hanafi Su. Selain itu, ada juga nama seperti Badrul Muhayat, Sarah Daewoo, Pyan Kepoh dan ramai lagi.

  • Fasha Sandha sebagai Bu Merah
  • Pekin Ibrahim sebagai Imran
  • Wan Hanafi Su sebagai Hj. Rusli
  • Badrul Muhayat sebagai Husin Belati
  • Sarah Daewoo sebagai Sofia
  • Pyan Kepoh - Haikal

Sinopsis Filem Cerana Biduk Bu Merah

Filem Cerana Biduk Bu Merah ini mengisahkan tentang Bu Merah iaitu seorang wanita tua yang dipinggirkan oleh orang kampung dan tinggal sendirian di sebuah rumah pusaka.

Biarpun Bu Merah sudah berusia tua, tapi kulitnya tidak berkedut, malahan sentiasa kelihatan cantik. Ini kerana penjaga Cerana Biduk yang berpuaka menjadikan Bu Merah sentiasa cantik dan muda.

Kisah Cerana Biduk Bu Merah bermula apabila Bu Merah telah menyelamatkan seorang gadis yang cuba dirogol iaitu Sofia.

Takdir menentukannya, rupanya Sofia adalah warisnya yang dilarikan oleh anak dan menantunya. Menantu dan anaknya telah melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh penunggu Cerana Biduk.

Saka Cerana Biduk tinggalan suami menyebabkan Bu Merah hidup terseksa. Kehadiran Sofia itulah telah menyedarkan Bu Merah.

Cerana Biduk pelru dibunuh demi menyelamatkan warisnya Sofia dan mewarisi Cerana Bidu yang mencari penyambungnnya.

Berjayakah Bu Merah membuang saka dan semangat Cerana Biduk pada akhirnya nanti? Saksikan Cerana Biduk Bu Merah di pawagam berhampiran anda.

Filem Cerana Biduk Bu Merah

Filem Cerana Biduk Bu Merah

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Cerana Biduk Bu Merah Temui Penonton Di Pawagam Pada 12 Oktober Ini"