Filem Memburu Di Astro First

Filem Memburu Di Astro First

Saksikan filem Memburu, Tiada Siapa Yang Terlepas yang akan ditayangkan menerusi Astro First saluran 480 atau secara On Demand bermula Khamis ini, 19 Oktober 2023.

Filem seram ini merupakan terbitan syarikat produksi BR-V Immortal Production, diarahkan oleh SK yang mana merupakan idea asal dan nukilan skrip daripada Jaafar Taib.

Sinopsis Filem Memburu

Filem Memburu menampilkan barisan pelakon seperti Fauzi Nawawi, Shah Iskandar, Puteri Sarah, Soffi Jikan, Serra Kamal, Cathy Ikh dan ramai lagi.

  • Fauzi Nawawi sebagai Ridzuan
  • Shah Iskandar sebagai Dr. Hanif
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Dr. Azizah
  • Soffi Jikan sebagai Bomoh
  • Serra Kamal sebagai Mastura
  • Cathy Ikhwan sebagai Anggun

Ianya mengisahkan tentang kisah tragik seorang ayah iaitu Ridzuan yang sanggup melakukan apa saja demi melindungi anaknya.

Namun, dalam situasi putus asa, Ridzuan membuat keputusan yang salah yang akhirnya meruntuhkan dirinya dan impian anak kesayangannya.

Sementara itu, seorang gadis yang malang dikorbankan sebelum dia dapat mewujudkan hajat ibunya.

Di sisi lain, seorang doktor yang tamak melihat peluang untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit, tanpa menghiraukan akibatnya.

Filem ini menggambarkan keegoisan dan keserakahan yang membawa kepada perbuatan kejam.

Bagaimana tindakan-tindakan ini membawa kepada pembunuhan kejam seorang gadis miskin, dan bagaimana roh-roh yang terperangkap bangun dari persemadian untuk menuntut keadilan dan menghukum pengkhianat-pengkhianat yang terlibat dalam mautnya.

Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk sewa filem Memburu di Astro First mulai 19 Oktober ini dengan harga RM15.00 untuk tontonan selama 48 jam secara berulang-ulang.

Filem Memburu Di Astro First

Filem Memburu Di Astro First

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Memburu Di Astro First"