Siaran Langsung Final Malaysia vs Thailand Regu Sepak Takraw Sukan Asia Hangzhou 2023

Siaran Langsung Final Malaysia vs Thailand Regu Sepak Takraw Sukan Asia Hangzhou 2023

Sukan Asia Hangzhou 2022 kini semakin ke penghujung tetapi aksi wakil Malaysia masih belum habis dan buruan pingat emas di peringkat final masih diteruskan dalam sukan Sepak Takraw.

Pada 7 Oktober ini, hari Sabtu berlangsungnya Malaysia vs Thailand dalam aksi penentuan pingat emas bagi acara Regu Sepak Takraw Lelaki selepas ianya bermula pada 5 Oktober yang lalu.

Ini merupakan acara ketiga dan terakhir bagi sukan Sepak Takraw dalam temasya Sukan Asia Hangzhou 2022-2023 kali ini. Pertama acara Regu Berpasukan dan diikuti dengan Quadrant dan kini Regu.

Atlet negara bermula pada peringkat kumpulan dimana telah diundi dalam Group A bersama Singapura dan Vietnam. Malaysia merupakan juara kumpulan sekali gus mara ke separuh akhir.

Ketika peringkat kumpulan, Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah apabila menang kedua-dua perlawanan tersebut. Bertemu Vietnam, Malaysia menang 2-1 dan Singapura juga tewas dengan markah 2-0.

Dalam aksi semi final pula, Malaysia telah bertemu Filipina selaku naib juara untuk Group B. Sekali lagi, mereka tidak berhadapan masalah dengan meraih kemenangan 2-0.

Kini barulah tiba masalah terbesar untuk pasukan negara mempertahankan emas yang dimenanginya pada edisi Jakarta 2018 yang lalu ketika berhadapan dengan Thailand nanti.

Ini sahajalan musuh terbesar Malaysia dalam sukan Sepak Takraw. Sebelum ini, mereka juga terlepas pingat emas dalam acara Regu Berpasukan dan bawa pulang perak sahaja.

Mungkin ini juga masa yang sesuai untuk membalas kembali apa yang diperlakukan dalam acar Regu Individu ini pula.

Dalam acara Regu Sepak Takraw untuk edis Hangzhou 2022 kali ini terdapat dua kategori iaitu lelaki dan wanita. Jadi pada 7 Oktober nanti, terlebih dahulu akan berlangsung kategori lelaki dan diikuti wanita.

Siaran Langsung Malaysia vs Thailand Regu Sepak Takraw Final

Jadi untuk peminat dan pastinya penyokong atlet-atlet negara di Sukan Asia Hanzgzhou 2022-2023 kali ini, jangan lupa untuk saksikan aksi mereka ini secara langsung di kaca tv.

Seperti biasa, anda boleh saksikan di Astro Arena 801 atau mana-mana saluran khas yang dibawakan sempena Sukan Asia kali ini. Boleh live streaming di Sooka.

Selain itu, RTM juga ada bawakan saluran khas iaitu secara streaming menerusi laman web di sukanasia2022.rtm.gov.my

7 Oktober 2023 (Sabtu)

Malaysia (0) - (2) Thailand

Game 1 : 15-21
Game 2 : 19-21
Game 3 :

*Emas untuk Thailand dan Perak untuk Malaysia

Masa : 9.00 am
Tayangan TV : Astro Arena 801 & RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Final Malaysia vs Thailand Regu Sepak Takraw Sukan Asia Hangzhou 2023"