Live Streaming AFC Cup 2023 : Sabah vs Hai Phong

Siaran Langsung Live Streaming Hai Phong vs Sabah AFC Cup 2023

Seperti biasa, jika ada ACL akan juga berlangsung AFC Cup pada hari berikutnya dan perlawanan untuk wakil Malaysia kali ini adalah pertemuan Hai Phong vs Sabah iaitu pada 25 Oktober 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Lach Tray, Vietnam.

Jika dihitung dalam group H, ini merupakan perlawanan ketiga untuk kedua-dua pasukan termasuklah satu perlawanan yang melibatkan dua pasukan lain iaitu PSM Makassar dan Hougang United yang berlangsung pada belah malam.

Setakat ini, Sabah sepertinya berada dalam keadaan yang baik berbanding pasukan lain. Manakan tidak apabila menjadi satu-satunya pasukan dalam kumpulan tersebut yang masih belum tewas dalam perlawanan awal ini.

Wakil Vietna Hai Phong FC telah merasai pengalaman menang dan tewas sekali sebelum ini. Pada perlawanan pertama, merek bermula dengan baik apabila menang 3-0 terhadap wakil Indonesia iaitu PSM Makassar.

Tetapi terpaksa akur dengan kebangkitan Hougang United pada saat-saat akhir ketika bertandang di Jalan Besar dan tewas 1-2. Mereka hanya mampu bertahan selama 80 minit sahaja sebelum kelab yang berpengkalan di Singapura tersebut potong tangkoner.

Sabah juga membukan tirai perlawanan sebelum ini dengan baik ketika bermain di Likas. Meskipun bermain dalam keadaan hujang lebat, nampaknya mereka tidak berhadapan dengan masalah apabila menang 3-1 kepada Hougang United.

Kemudian terbang ke Indonesia pula untuk berhadapan dengan PSM Makassar. Sekali lagi Sabah tidak berhadapan dengan masalah dan sepertinya mendapat rentak dan tonik tambahan di Bali apabila membenam pasukan lawan dengan lima gol tanpa balas.

Wakil Singapura sudah, wakil Indonesia sudah. Kini Sabah akan mencuba beradu kekuatan pula dengan wakil Vietnam yang kita tahu pasukan kebangsaan mereka sangat hebat. Tapi adakah kelab bola sepak mereka sama seperti itu?

Pertemuan Hai Phong Dan Sabah

Ini merupakan pertemuan pertama antara Hai Phong FC dan Sabah FC. Masing-masing tidak mempunyai banyak data perlawanan antara satu sama lain. Masing-masing juga mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu ditutup.

Pasti menarik untuk disaksikan perlawanan antara kedua-dua pasukan ini. Tetapi jika dilihat daripada kelebihan, ianya tampak seperti berat kepada Hai Phong. Paling best apabila mereka akan bermain di halaman dan dihadapan penyokong sendiri.

Jadi selain daripada tewaskan pasukan, Sabah perlu atasi semangat dan sokongan yang diberikan oleh penyokong tuan rumah pada perlawanan tersebut. Sabah pastinya tidak mahu tewas dan ingin terus berada di puncak bagi melayakkan diri peringkat seterusnya

Siaran Langsung Hai Phong vs Sabah AFC Cup 2023

Selepas di Indonesia, Sabah sekali lagi akan bermain di away game iaitu di Vietnam. Jadi penyokong setia mereka sekali lagi tidak boleh untuk menyaksikan di stadium likas kecuali mereka terbang ke Vietnam pada hari perlawanan.

Tapi jangan risau, pertemuan antara Hai Phong dan Sabah ini turut dibawakan secara langsung ke kaca tv sama seperti perlawanan sudah iaitu menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.

Selain itu, jika anda ingin menonton secara live streaming tanpa menggunakan Astro, anda boleh langgan Sooka untuk Pas Liga Malaysia sama ada menerusi platform web atau menggunakan aplikasi. Ada disediakan channel Arena Bola.

Jadual & Keputusan AFC Cup 2023 Hai Phong vs Sabah

Jadi untuk semua peminat bola sepak terutamanya penyokong Sabah, jangan lupa untuk saksikan aksi ketiga kumpulan H dalam AFC Cup 2023 antara Hai Phong FC vs Sabah FC pada 25 Oktober ini, hari Rabu bertempat di Stadium Lach Tray

25 Oktober 2023 (Rabu)

Hai Phong vs Sabah

Masa : 6.00 Petang
Tempat : The Lach Tray Stadium
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Live Streaming AFC Cup 2023 : Sabah vs Hai Phong"