Jadual Pestabola Merdeka 2023 Dan Keputusan Perlawanan Malaysia, India, Tajikistan

Jadual Siaran Langsung Keputusan Pestabola Merdeka 2023

Pasti ramai yang tidak sabar untuk merasai kehangatan sebuah kejohanan yang penuh dengan sejarah sejak mula merdeka lagi sehingga kini iaitu menerusi Pestabola Merdeka 2023.

Selepas 10 tahun yang mana kali terakhir diadakan pada tahun 2013, Pestabola Merdeka kembali untuk edisi 2023 yang mana akan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober 2023.

Jika pada awal temasya ianya dimainkan di Stadium Merdeka, tetapi kini akan berlangsung di home of Harimau Malaysia iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Format Pertandingan

Selain daripada perlawanan bagi mengejar kejuaraan dan meraih trofi, sebenarnya perlawanan ini juga diiktiraf oleh FIFA iaitu bagi Perlawanan Persahabatan Tier 1. Ini kerana, ianya berlangsung ketika FIFA Day.

Sejak daripada awal perlangsungan lagi, akan ada 4 pasukan yang mengambil bahagian dalam Pestabola Merdeka termasuk tuan rumah, Malaysia.

Kesemua pasukan ini akan bermula pada pusingan separuh akhir dalam format kali mati. Pasukan yang menang akan mara ke final sekali gus mencari juara untuk edisi tersebut.

Manakala yang tewas, akan bermain bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Jadi setiap pasukan akan bermain dua perlawanan dalam kejohanan ini sekali gus menjadi perlawanan maksima yang berlangsung sepatutnya dalam kalendar FIFA ini.

Pasukan Bertanding

Pada awalnya, terdapat 4 pasukan yang mengambil bahagian iaitu Malaysia, India, Tajikistan dan Palestin. Tetapi berikutan situasi tegang yang berlaku di Palestin ketika ini, pasukan tersebut mengambil keputusan untuk menarik diri.

Jadi kini hanya 3 pasukan sahaja yang akan meneruskan cabaran dengan tanpa kehadiran Palestin. Pertembungan Malaysia dan India diteruskan seperti biasa, tetapi Tajikistan terus mendapat Bye dan mara ke pusingan akhir.

Oleh itu, hanya ada 1 pasukan sahaja yang akan bermain 2 perlawanan pada edisi kali ini sama ada India atau Malaysia. Tiada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Yang menang akan terus ke final bertemu Tajikstan pada 17 Oktober depan

Pemain Harimau Malaya Yang Terlibat

~Berikut merupakan senaria 25 pemain Malaysia yang akan menggalas cabaran dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2023 yang dipilih oleh ketua jurulatih Kim Pan Gon.

senarai pemain malaysia dalam pestabola merdeka 2023

Tiket Masuk

Pihak penganjur iaitu FAM telah menetapkan empat jenis tiket masuk ke stadium bagi menyaksikan dua perlawanan di Pestabola Merdeka 2023. Berikut merupakan senarai harga

  • Premium : RM80.00
  • Grandstand : RM60.00
  • Terbuka : RM40.00
  • Kanak-Kanak (Terbuka) : RM5.00

Harga adalah bagi satu perlawanan. Jadi jika anda ingin menonton dua perlawanan, anda boleh beli 2 tiket.

Pembelian boleh dibuat menerusi laman web www.tickethotline.com.my dan hanya dijual secara online sahaja. Tiada penjualan tiket fizikal di stadium.

Siaran Langsung Perlawanan Pestabola Merdeka 2023

Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan-perlawanan dalam Pesta Bola Merdeka 2023 menerusi saluran Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.

Selain itu, kalau anda tiada Astro, anda boleh tonton secara live streaming yang dibawakan di platform penstriman Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia dengan harga RM28.90 sebulan untuk dapatkan akses saluran Arena Bola.

Tapi kalau takna langgan dan mahukan lebih kemeriahan, anda boleh saksikan perlawanan melibatkan Harimau Malaya dalam Pesta Bola Merdeka 2023 menerusi skrin gergasi yang disediakan di seluruh negara. Boleh tengok senarai lokasi terlibat disini.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan

Akan ada 2 perlawanan sahaja sepanjang kejohanan, pusingan awal hanya mempertemukan Malaysia vs India iaitu pada 13 Oktober 2023, hari Jumaat.

Pemenang akan mara ke final bertemu Tajikistan dalam saingan akhir pada 17 Oktober 2023, hari Selasa. Itu sahaja perlawanan yang bakal berlangsung.

Jadual perlawanan, anda boleh rujuk dibawah. Manakala keputusan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

13 Oktober 2023 (Jumaat)

FT : Malaysia (4) - (2) India

  • Dion Cools 7'
  • Naorem Mahesh Singh 13'
  • Arif Aiman 20' (P)
  • Faisal Halim 42'
  • Sunil Chhetri 51'
  • Corbin-Ong 61'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka

17 Oktober 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (0) - (2) Tajikistan

  • Rustam Soirov 44'
  • Shahrom Samiev 88'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasiontl Bukit Jalil
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka

Juara : Tajikistan
Naib Juara : Malaysia
Tempat Ketiga : India

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Pestabola Merdeka 2023 Dan Keputusan Perlawanan Malaysia, India, Tajikistan"