Kedah vs Negeri Sembilan, Siaran Langsung Dan Live Streaming Liga Super 2023

Kedah vs Negeri Sembilan, Siaran Langsung Dan Live Streaming Liga Super 2023

Selepas sebulan saingan Liga Super 2023 berehat, kini ianya kembali dan antara perlawanan yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini adalah Kedah Darul Aman FC vs Negeri Sembilan FC.

Perlawanan minggu ke-23 ini akan berlangsung pada 28 Oktober 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Darul Aman di Alor Setar dan kini Kedah pula akan melayan kunjungan Negeri Sembilan.

Untuk info, ini merupakan perlawanan pertama untuk hari kedua minggu ini. Pada hari ini juga, akan berlangsung lagi tiga perlawanan pada belah malam pula.

Siangan Liga Super kini sudah hampir sampai ke penghujung. Juara sudah kita ketahui dimana JDT berjaya mengekalkan trofi kejuaraan sekali lagi yang untuk kali ke-10 berturut-turut.

Tetapi penentuan naib juara liga masih belum diputusan. Terdapat empat pasukan yang mempunyai mata yang rapat antara mereka dan masing-masing untuk mengejar tempat kedua bagi melayakkan diri bermain di Asia pada musim hadapan.

Salah satu pasukan adalah Kedah sendiri yang berada di kedudukan ketiga liga. Kini mereka hanya dipisahkan dengan 5 mata dengan Selangor yang berada di tempat kedua dengan kelebihan 1 perlawanan.

Tetapi mereka dikejar rapat oleh Sri Pahang dan Sabah yang masing-masing mengumpul 43 dan 42 mata berada di belakang Kedah. Adakah pasukan hijau kuning mampu untuk mendapatkan slot asia tersebut pada akhirnya?

Untuk mengesahkannya, mereka perlu terlebih dahulu berhadapan dengan Negeri Sembilan pada perlawanan hujung minggu ini. Peluang masih terbuka jika kemenangan dicapai oleh Kedah.

Harapan tersebut bukanlah mustahil jika melihat daripada segala aspek. Antaranya kini Kedah pula akan menjadi tuan rumah dan akan melayan kunjungan pasukan pelawat.

Pasukan tuan rumah pastinya mempunyai kelebihan dari segi padang sendiri dan juga sudah tentu dengan kehadiran penyokong yang akan memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Bukan itu sahaja, jika dilihat daripada pertemuan sebelum ini, meskipun Kedah bermain di tempat lawan, tetapi mereka berjaya menumpaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1.

Kini ditambah lagi dengan siri kekalahan Negeri Sembilan. Jika dihitung dalam saingan liga, dalam lima perlawanan terakhir, mereka telah tewas 4 kali dan hanya berjaya seri sekali sahaja.

Berbeza dengan Kedah yang menang 4 kali dan seri sekali sahaja. Diatas kertas, Kedah pastinya tidak berhadapan masalah besar untuk mengatasi Negeri Sembilan.

Jadual Dan Siaran Langsung Kedah vs Negeri Sembilan

Siangan Liga Super 2023 kini tertumpu kepada perebutan tempat kedua selaku naib juara. Kedah antara pasukan yang inginkan kedudukan tersebut, ditambah pula itu sahajalah satu-satunya harapan yang masih tinggal.

Penyokong juga pastinya mengharapkan kejayaan tersebut dan ingin melihat pasukannya kembali ke kancah tertinggi di peringkat Asia pada musim hadapan.

Jadi jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 LS23 antara Kedah vs Negeri Sembilan pada 28 Oktober ini, hari Sabtu, jam 5.30 petang di Stadium Darul Aman.

Perlawanan ini juga turut disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Secara alternatif, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi Sooka di platform web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia serendah RM9.90 untuk satu perlawanan.

28 Oktober 2023 (Sabtu)

FT : Kedah (3) - (0) Negeri Sembilan

  • Manuel Ott 13'
  • Amirbek Juraboev 15'
  • Ifedayo 52'

Waktu : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post