Saingan Liga Super 2023 kini sudah memasuki minggu ke-23 dan perlawanan kali ini antara yang berlangsung adalam pertemuan antara Kelantan United FC vs Johor Darul Ta'zim FC.
Seperti yang dijadualkan, pertembungan untuk kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada hujung minggu ini, 28 Oktober 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.
Untuk info, ini merupakan hari kedua untuk minggu ini dan hari Sabtu ini juga akan melibatkan empat perlawanan daripada enam perlawanan keseluruhan.
Perlawanan ini adalah pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan ini. Kali pertama, adalah pada minggu kesepuluh pada Mei yang lalu dengan menyaksikan Kelantan United tewas 6 gol tanpa balas.
Sebelum ini, mereka bertemu di Iskandar Puteri, Johor dan perhitungan kali ini akan berlangsung di Kota Bharu yang mana sedikit sebanyak akan memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah.
Meskipun JDT telah pun dinobatkan sebagai juara Liga Super 2023, tetapi mereka pastinya ingin mengekalkan status 'invincible' dengan tanpa sebarang kekalahan dalam saingan liga dalam satu musim.
Jadi untuk terus mengekalkan status tersebut hingga ke minggu dua puluh enam, JDT pastinya akan turunkan skuad dan pemain terbaik mereka bagi membut perhitungan dengan pasukan pantai timur tersebut.
Jika dilihat daripada sejarah pertemuan dan prestasi semasa untuk kedua-dua pasukan, perlawanan ini sangat menyebelahi juara 10 kali, JDT.
Tetapi Kelantan United pastinya tidak mahu terus dikecewakan dan akan memberikan yang terbaik sepanjang 90 minit ketika bertemu pasukan harimau selatan, Johor Darul Ta'zim.
Mereka mempunyai kelebihan dengan bermain di halaman sendiri. Tambahan pula, dengan kehadiran penyokong, sedikit sebanyak akan memberikan tonik tambahan kepada pemain untuk beraksi dengan baik.
Sekali pun tidak mampu untuk menumpaskan pasukan yang hampir sempurna itu, Kelantan United pastinya ingin cuba mencuri mata dalam perlawanan nanti.
Tetapi sekiranya tidak mampu untuk mendapatkan 1 mata sekali pun, sekurang-kurangnya cuba untuk bertahan supaya tidak dibolosi dengan jaringan yang besar seperti sebelum ini.
Penonton pastinya tidak sabar-sabar untuk saksikan perlawanan ini teruamnya ketika melibatkan pasukan JDT yang mempamerkan aksi permainan bola sepak yang sebenar secara konsisten.
Jadual Dan Siaran Langsung Kelantan United vs JDT
Jadi untuk mereka yang berhampiran terutamanya di Kota Bharu, Kelantan boleh datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini secara lebih dekat.
Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir atau jauh daripada lokas, jangan risau, anda boleh saksikan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 dan secara online di Astro Go.
Manakala bagi yang tiada akses kepada Astro, anda boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau menggunakan aplikasi mobile.
Untuk peminat bola sepak, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 LS23 iaitu pertemuan Kelantan United vs JDT pada 28 Oktober ini, jam 8.15 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Manakala untuk keputusan perlawanan ini, ianya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.
28 Oktober 2023 (Sabtu)
FT : Kelantan United (0) - (2) JDT
- Fernando Forestieri 75'
- Bergson da Silva 90'
Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Sooka
Post a Comment