Siaran Langsung Live Streaming KL City vs Terengganu Separuh Akhir Piala Malaysia 2023

KL City vs Terengganu Separuh Akhir Piala Malaysia 2023

Kelmarin selesai satu perlawanan untuk pusingan pertama Separuh Akhir Piala Malaysia 2023 dan kini ada satu lagi perlawanan iaitu membabitkan KL City vs Terengganu pada 21 Oktober 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Perlawanan ini juga pastinya menarik untuk disaksikan apabila mereka bertemu kembali dengan peringkat yang sama seperti pada Piala FA yang lalu. Tapi ketika itu, meskipun bermain di Gong Badak, KL City mampu menang.

Tapi untuk perlawanan pertama ini, ianya akan berlangsung di Cheras terlebih dahulu sebelum perlawanan timbal balik kedua yang bakal berlangsung pada 3 November depan di home Terengganu yang mana penentuan pasukan mana yang berjaya ke final.

Perjalanan KL City Dan Terengganu Sebelum Ke Separuh Akhir

Kedua-dua pasukan ini jika dilihat daripada segi prestasi lawan, ianya tampak seimbang. Bermula pada pusingan 16 bertemu pasukan yang kedudukannya lebih rendah dalam liga dan kemudian di suku akhir, pasukan lawan semakin hebat.

Untuk Kuala Lumpur City FC, mereka pada peringkat awal telah bertemu Penang yang mana ketika itu masih terumbang ambing terutamanya dalam saingan liga. Jadi KL City terus mengambil kesempatan tersebut menewaskan dengan aggregat 5-0.

Kemudian di pusingan suku akhir bertemu Sri Pahang yang mempunyai kekuatan hampir sama untuk kedua-dua pasukan. Tapi nampaknya KL City lebih bernasib baik menang 1-0 di tempat sendiri dan meraih keputusan seri 1-1 di tempat lawan sekali gus layak ke semi final.

Untuk Terengganu pula, mereka juga mempunyai laluan yang mudah pada pusingan 16 apabila bertemu pasukan amatur daripada Liga M3 iaitu Kuala Lumpur Rovers. Menang 4-0 bermain di tempat lawan dan kemudian menang lagi 3-0 di tempat sendiri.

Tugas getir menunggu Terengganu di pusingan suku akhir apabila bertemu Selangor. Tetapi hakikatnya, Terengganu berjaya mengekang asakan pasukan lawan apabila tidak tewas untuk kedua-dua perlawanan timbal balik. Menang 2-0 di Terengganu dan seri 1-1 di Petaling Jaya dan mara ke separuh akhir dengan aggregat 3-2.

Head To Head KL City vs Terengganu Tahun 2023

Untuk tahun 2023, KL City dan Terengganu telah bertemu sebanyak 3 kali iaitu dua kali dalam saingan Liga Super dan sekali dalam Piala FA. Jika dihitung dalam perlawanan sebenar, ketiga-tiga pertemuan tersebut berakhir dengan seri.

Pertemuan pertama ketika itu bermain di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berkahir dengan tanpa jaringan 0-0. Kemudian pada pertemuan kedua ketika di Cheras juga berakhir dengan keputusan seri iaitu 3-3.

Cuma dalam saingan Piala FA sahaja, meskipun terikat tanpa sebarang jaringan dalam tempoh 120 minit selepas extra time, pemenang perlu ditentukan juga iaitu menerusi sepakan penalti. KL City menang 4-2 dan mara ke final.

Siaran Langsung KL City vs Terengganu Separuh Akhir Piala Malaysia 2023

Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk datang dan menyaksikan aksi 'repeat Piala FA' ini terutamanya bagi penyokong tuan rumah. Anda sudah boleh mula dapatkan tiket masuk dengan beli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Yang bukan penyokong kedua-dua pasukan tetapi minat kepada bola sepak tempatan, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv iaitu menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau tonton secara online di Astro Go.

Manakala untuk anda yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming sama ada menggunaakn platform web atau aplikas Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia 2023 dengan harga RM28.90 sebulan.

Jadi jangan lupa janji kita pada hujung minggu ini bagi menyaksikan aksi pertama Separuh Akhir Piala Malaysia 2023 antara KL City vs Terengganu pada 21 Oktober ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

21 Oktober 2023 (Sabtu)

FT : KL City (1) - (2) Terengganu

  • Ivan Mamut 45+1'
  • Nik Sharif Haseefy 89'
  • Tchetche Kipre 90+5' (P)

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bolasepak KL
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post