Siaran Langsung Malaysia vs China Hoki Sukan Asia 2023 Hangzhou

Siaran Langsung Malaysia vs China Hoki Sukan Asia 2023 Hangzhou

Ini pastinya detik yang mendebarkan untuk semua para pemain hoki negara di temasya Sukan Asia 2022-2023 Hangzhou termasuklah juga penonton-penonton di Malaysia.

Malaysia vs China merupakan perlawanan terakhir untuk kedua-dua pasukan berentap bagi mendapatkan slot untuk pusingan separuh akhir.

Perlawanan ini dijadualkan akan berlangsung pada 2 Oktober 2023, hari Isnin pada jam 8.45 malam dan ianya juga merupakan perlawanan terakhir pada hari ini.

Masing-masing telah tewas sekali dan mengumpul 9 mata dan kedudukan terkini, Korea berada di kedukan pertama Pool A diikuti China dan Malaysia.

Jadi Malaysia tidak boleh seri mahupun tewas ketika bertemu China nanti. Mereka tiada pilihan mesti menang untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

Perlawanan sebelum ini, Malaysia telah tewas kepada Korea dalam minit-minit akhir dan telah memaksa pasukan negara untuk meneruskan perjuangan hingga ke perlawanan terakhir.

Berbeza dengan China, mereka kini masih belum tewas dalam empat perlawanan dan telah mengejutkan Korea apabila menang 3-2 pada perlawanan ketiga sebelum ini.

Jika dilihat daripada keputusan pertemuan sebelum-sebelum ini ianya berpihak kepada Malaysia. Kali terakhir pasukan negara tewas kepada China adalah pada tahun 2012.

Sekiranya prestasi tersebut diambil kira, perlawanan ini pastinya memihak kepada Malaysia. Meskipun China mempunyai kelebihan apabila mereka merupakan tuan rumah untuk Sukan Asia kali ini.

Jadi tidak mustahil juga untuk China mengejutkan sekali lagi seperti yang mereka lakukan ketika bertemu Korea Selatan sebelum ini.

Anak-anak buah Arul Selvaraj tidak boleh leka dan perlu fokus dalam permainan hingga ke saat akhir. Jangan ulangi kesilapan seperti perlawanan sebelum ini. Misi wajib menang perlu direalisasikan.

Siaran Langsung Hoki Piala Asia Hangzhou 2022-2023

Setiap perlawanan bagi sukan hoki padang di Asian Games Hangzhou 2022-2023 akan dibawakan secara langsung di kaca tv termasuklah perlawanan Malaysia vs China kali ini.

Ianya akan disiarkan menerusi Astro di saluran khas yang dibawakan sempena temasya kali ini di Astro Supersport (CH 785 - CH789) termasuk di Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go dan Sooka.

Selain itu, boleh juga saksikan di RTM TV Okey dan Sukan RTM. Pihak RTM juga bawakan 6 saluran khas khusus untuk Sukan Asia ini secara percuma menerusi sukanasia2022.rtm.gov.my.

Jadualn Dan Keputusan Malaysia vs China

Jangan lupa malam ini, 2 Oktober 2023, hari Isnin untuk saksikan secara langsung perlawanan kelima dan terakhir peringkat kumpulan hoki Sukan Asia 2022 antara Malaysia vs China.

2 Oktober 2023 (Isnin)

FT : Malaysia (4) - (4) China

  • Gao Jiesheng 13' (PC)
  • Azrai Aizad 18' (PC)
  • Chen Qijun 19' (PC)
  • Ashran Hamsani 25' (FG)
  • Amirul Azhar 35' (PC)
  • Pan Dongquan 36' (PS)
  • Faiz Jalil 40' (PC)

Masa : 8.45 Malam
Venue : Stadium Gongshu Canal Sports Park
Tayangan : Astro Arena 2 dan RTM
Live Streaming : Sooka

*Malaysia gagal ke pusingan separuh akhir

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Malaysia vs China Hoki Sukan Asia 2023 Hangzhou"