Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Tajikistan Pestabola Merdeka 2023

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Tajikistan Pestabola Merdeka 2023

Yang ditunggu-tunggu kini telah tiba dimana kita bakal dapat saksikan aksi final Pesta Bola Merdeka 2023 dimaan mempertemukan Malaysia vs Tajikistan pada 17 Oktober 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selepas bertungkus-lumus dan berjuang habis-habisan pada jumaat lalu, kini Harimau Malaya akan selesaikan misi kecapi kejuaraan pertama pada tahun ini untuk bermain di pusingan akhir Pestabola Merdeka bertemu Tajikistan.

Malaysia berjaya ke pusingan akhir apabila menumpaskan pasukan di kedudukan 102 dalam FIFA rangking iaitu India pada Jumaat lalu dengan kemenangan bergaya 4-2 dalam sebuah perlawanan yang berintensiti tinggi.

Meskipun ketika itu keadaan padang tidak memuaskan, tetapi pemain-pemain Harimau Malaya tetap untuk terus bertenang dan serap segala serangan yang diberikan oleh India sepanjang perlawanan meskipun sudah berada di depan.

Tetapi itulah kekuatan yang ada pada sebuah pasukan yang rangkingnya jauh lebih tinggi daripada pasukan kita. Tapi perlu ingat, Malaysia pernah meraih keputusan seri sebelum ini ketika bertemu pasukan-pasukan ranking bawah 100 tau. Ini semua tidak mustahil.

Tajikistan pula berjaya bermain di pusingan akhir Pestabola Merdeka edisi 2023 ini setelah mendapat Bye ekoran Palestin yang menarik diri pada saat-saat akhir. Ini adalah disebabkan negara mereka kini berlaku pergolakan. Jadi Tajikistan terus ke final.

Perlawanan ini merupakan yang kedua untuk Malaysia dan yang pertama untuk Tajikistan dalam kalendar FIFA kali ini. Malaysia sudah pastinya tidak mahu terlepas untuk terus mengumpul mata bagi memperbaiki kedudukan dunia FIFA.

Selain itu juga, Malaysia tidak mahu trofi Pestabola Merdeka jatuh ketangan pasukan lain ketika bermain di tempat sendiri. Edisi 2023 dimenangi oleh Harimau Muda dan pemain-pemain negara akan pastikan ianya akan terus kekal di Malaysia.

Ini juga sebenarnya pertemuan semula untuk kedua-dua pasukan dimana kali terakhir adalah pada tahun 2022 menerusi kejohanan King's Cup di Thailand. Malaysia berjaya menumpaskan tuan rumah, sekali gus mara ke final.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Malaysia terikat tanpa jaringan dengan Tajikistan. Jadi ianya dibawa kepada penentuan sepakan penalti. Nasib tidak menyebelahi skuad Harimau Malaya apabila tumpas 0-3 dan sekali gus terlepas trofi kejuaraan tersebut.

Kali ini Malaysia yang kini berada di kedudukan 136 akan mempergunakan segala kelebihan akan cuba menumbangkan Tajikistan yang berada di rangking 110 FIFA. Bermain di halaman sendiri dan pastinya dibantu oleh ekor harimau sejati pada perlawanan tersebut.

Jadi untuk semua penyokong dan pendokong skuad Harimau Malaya. Jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium sama seperti Jumaat lalu dimana lebih 40,000 yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. Dapatkan tiket secara online di www.tickethotline.com.my dengan harga RM40.

Siaran Langsung Malaysia vs Tajikistan Pestabola Merdeka 2023

Selain penonton yang berada di stadium, mereka yang menonton di rumah juga pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan aksi final Pestabola Merdeka 2023 kali ini dan pastinya harapan untuk melihat pasukan negara menjulang trofi kejuaraan.

Jadi untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go. Pengguna Astro boleh tambah RM10 sahaja untuk saluran Arena Bola.

Tapi sekiranya tiada akses Astro, anda masih boleh tonton iaitu secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga RM28.90 sebulan. Harap semuanya yang melanggan boleh tonton dengan tenang nanti. Come on Astro!

Sama semerti pada perlawanan sudah dimana akan ditayangkan juga di skrin besar. Kali ini pula untuk final akan ada 16 lokasi terpilih seluruh Malaysia untuk menyaksikan perlawanan di skrin gergasi. Boleh tengok senarai lokasi disini.

Semboyan kini telah berbunyi untuk mengajak ramai-ramai untuk berikan sokongan untuk perlawanan Malaysia vs Tajikistan dalam aksi final Pestabola Merdeka 2023 pada 17 Oktober ini, hari Selasa di Stadium Nasional Bukit Jalil atau live di Astro.

17 Oktober 2023 (Selasa)

FT : Malaysai (0) - (2) Tajikistan

  • Rustam Soirov 44'
  • Shahrom Samiev 88'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2Link 2

*Tajikistan muncul sebagai juara Pestabola Merdeka 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Tajikistan Pestabola Merdeka 2023"