Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Perak Separuh Akhir Piala Malaysia 2023 [SF-2]

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Perak Separuh Akhir Piala Malaysia 2023

Tugasan negara kini sudahpun selesai untuk sementara waktu, jadi pemain akan kembali ke pasukan masing-masing bagi meneruskan cabaran dalam saingan tempatan yang kini sudah pun berada di penghujung musim.

Aksi pertama yang bakal berlangsung selepas FIFA Day ini adalah kejohanan Piala Malaysia 2023 iaitu untuk pusingan separuh akhir pertama dimana mempertemukan dua buah pasukan pertama iaitu Perak vs JDT.

Pertembungan bagi kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada 19 Oktober 2023, hari Khamis, bertempat di Stadium Perak di Ipoh dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 malam. Jadi Perak terlebih dahulu akan menjadi tuan rumah (home).

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan aksi Perak terutamanya kali ini. Kita semua sudah tahu bagaimana mereka telah menumbangkan 2 pasukan gergasi di saingan Pusingan 16 dan Suku Akhir sebelum ini sekali gus melayakkan mereka sampai ke semi final

Perjalanan Perak Dan JDT Sebelum Sampai Ke Separuh Akhir

Perak FC antara 16 pasukan yang bermain dalam Piala Malaysia untuk musim 2023. Pada pusingan awal, mereka telah diundi bertemu Kedah dan rata-rata pastinya menganggap Perak tidak mampu untuk menyaingi pasukan hijau kuning jika berdasarkan prestasi semasa dalam saingan liga.

Tetapi ternyata semua salah apabila Perak berjaya menumpaskan Kedah 3-1 pada perlawanan pertama dan meskipun tewas pada perlawanan kedua dengan 1-2, Perak berjaya ke pusingan suku akhir dengan aggregat 4-3.

Sekali lagi mereka diundi bertemu satu lagi pasukan terkuat iaitu Sabah. Kini rata-rata memandang adakah Perak sekali lagi mampu untuk cipta kejutan seperti yang ditunjukkan ketika bertemu Kedah Darul Aman sebelum ini.

Ternyata harapan tersebut menjadi semakin menjadi apabila berjaya mengikat 2-2 ketika bermain di Likas. Seperti pada perlawanan sebelumnya, Perak berjaya menggunakan kesempatan terbaik ketika bermain di Ipoh dan sekali gus berjaya mengalahkan Sabah 1-0 dan dengan itu aggregat yang melayakkan mereka ke separuh akhir dengan keputusan 3-2.

Perak ada cerita yang hebat dalam saingan Piala Malaysia, tetapi Johor Darul Ta'zim FC juga mempunyai cerita yang tersendiri terutamanya pada peringkat awal di pusingan 16 terbaik dimana ketika itu bertemu Kelantan FC.

Siapa sangka JDT menjadi pasukan pertama untuk musim 2023 menjaringkan 10 gol dalam satu perlawanan dimana ketika bertemu Kelantan di pusingan 16 pada perlawanan pertama ketika bermain di SSI.

Sebelum itu bermain di Kota Bharu, mereka telah pun menang 5-1 dan sekali gus menang secara aggregat 15-1. Pada pusingan suku akhir, JDT sepertinya selaku penyandang juara tidak berhadapan masalah ketika bertemu Negeri Sembilan apabila menang secara aggregat 7-1.

Head To Head Perak vs JDT Tahun 2023

Untuk rekod secara keseluruhan pada tahun ini, tidak boleh dinafikan JDT kini berada di kelas tersendiri dan jauh meninggalkan pasukan-pasukan lain baik dalam saingan Liga Super mahupun dalam kejohanan dan pertandingan.

JDT yang kini wakil tunggal bermain dalam AFC Champions League merupaakn juara Piala FA 2023. Kemudian mereka baru sahaja dinobatkan sebagai juara Liga Super 2023 secara tidak rasmi kali kesepuluh berturut-turut.

Kini misi mereka pastinya ingin mengekalkan trofi kejuaraan Piala Malaysia yang dimenanginya pada tahun 2022 yang lalu agar terus berada di Johor. Tapi sebelum itu, mereka perlu berdepan dengan Perak dalam saingan separuh akhir ini duhulu.

Tetapi jika dilihat sejarah pertemuan untuk kedua-dua pasukan untuk tahun 2023, Johor Darul Ta'zim sepertinya tidak akan berhadapan dengan masalah. JDT dan Perak telah bertemu dua kali terutamanya dalam saingan Liga Super.

Nampaknya kedua-dua pertemuan tersebut tidak menyebelahi Perak walaupun dimana venue itu berlangsung. Ketika bermain di SSI, Perak tewas 3-0. Masa bermain di Ipoh juga, Perak tewas 3-0 kepada JDT. Kali ini apa agaknya keputusan yang bakal kita saksikan?

Siaran Langsung JDT vs Perak Separuh Akhir Piala Malaysia 2023

Ini pastinya menjadi antara perlawanan tumpuan untuk saingan Piala Malaysia kali ini. Penyokong kedua-dua pasukan terutamanya pasti tidak sabar untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka adakah mampu untuk menyaingi pihak lawan.

Jadi untuk saksikan perlawanan ini secara dekat, anda boleh mula dapatkan tiket masuk yang dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau beli tiket fizikal yang dijual diperkarangan stadium pada hari perlawanan.

Manakala untuk penonton di rumah, jangan risau, anda juga boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung pada hari perlawanan menerusi semua saluran yang disediakan iaitu di Astro dan RTM. Jadi anda boleh pilih nak tengok dimana.

Untuk saluran Astro, anda boleh pergi ke Astro Arena 801 dan Arena Bola 803 serta secara online di Astro Go. Manakala di saluran RTM, akan ditayangkan di saluran TV Okey dan Sukan RTM untuk tontonan semua.

Jika anda tiada tv, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming iaitu dengan menggunakan aplikasi Sooka atau strim di rtmklik.rtm.gov.my. Tidak perlu langganan dan anda boleh strim secara percuma sahaja.

Jadi jangan lupa temu janji kita untuk saksikan aksi Perak vs Johor Darul Ta'zim dalam saingan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2023 pada 19 Oktober ini, hari Khamis bertempat di Stadium Perak dan secara live di Astro dan RTM

Berikut merupakan jadual dan keputusan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa

19 Oktober 2023 (Khamis)

FT : Perak (1) - (4) JDT

  • Oscar Arribas 7'
  • Arif Aiman 12'
  • Shahrul Saad 71'
  • Luciano Guaycochea 76'
  • Nazmi Faiz 81'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Perak
Tayangan : Astro Arena, Arena Bola, TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post