Senarai Harga llao llao Promosi Diskaun Hari Rabu Sehingga 33%

Senarai Harga Promosi llao llao Hari Rabu Diskaun Sehingga 33%

Jika anda teringin rasa llao llao tapi tiada bajet untuk anda keluarkan, jangan risau! Ini kerana llao llao sebenarnya ada menyediakan promosi diskaun sehingga 33% iaitu setiap hari Rabu. Jadi dalam tempoh ni, harganya lebih murah berbanding hari lain.

Harga yang ditetapkan pada setiap hari rabu semestinya lain jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain. Jadi waktu inilah, anda boleh nikmati yogurt beku bersama topping mengikut citarasa anda bersama dengan kawan-kawan dan keluarga

Apa Itu llao llao?

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang pertama kali mendengar apa itu llao llao. Ianya adalah sebuah jenama yogurt beku yang popular dari Sepanyol dan kini sudah terkenal di Malaysia. Banyak tempat pun dah ada cawangan mereka.

Ianya menyediakan makanan berasaskan yogurt beku yang menyihatkan dengan menawarkan pelbagai jenis topping seperti buah-buahan segar, kacang, cookies dan sos. Jadi dari sini, anda boleh tentukan kombinasi mengikut citarasa sendiri.

Antara yang popular kalau anda nak cuba seperti topping strawberi, kiwi, blueberry dan kacang alomond serta hazelnut. Sebenarnya banyak lagi pilihan yang disediakan termasuklah kuah manisan untuk anda larutkan bersama yogurt.

Ianya merupakan pilihan yang baik mereka mereka yang mencari hidangan seimbang antara keenakan dan kesihatan. Yogurt kaya  probiotik, yang dapat meningkatkan kesihatan sistem pencernaan dan memberikan manfaat kepada usus. Probiotik juga dapat membantu menguatkan sistem imun badan.

Selain itu, yogurt juga sumber kalsium yang baik, yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi protein yang penting untuk pembentukan dan pemulihan tisu dalam badan.

Dikatakan kini lebih 50 cawangan yang sudah berada di Malaysia sama ada di shopping mall atau kawasan komersial yang besar. Nak tahu senarai penuh, anda boleh rujuk di sini dan cari lokasi Malaysia.

Cara Sebut llao llao

Masa pertama kali jumpa signboard kedai llao llao ni pasti ramai yang tertanya-tanya macam mana nak sebut perkataan? Tahu jual apa, tapi tulisan tersebut adakah ianya bermula dengan huruh I atau L dan sebagainya.

Untuk mudah ianya sebenarnya tertulis dalam huruf kecil dan bila menggunakan huruf besar menjadi LLAO LLAO dan cara sebutanya adalah 'yao yao'. Now dah tahu, jadi lepas ni boleh la kongsi dengan yang lain juga cara sebut llao llao yang betul.

Senarai Harga Yogurt llao llao

Secara asasnya, di llao llao mereka menjual yogurt beku. Jadi harga ditetapkan adalah berdasarkan saiz bekas atau tubs. Harga yogurt llao llao adalah seperti berikut:

  • Small (1 topping) = RM13.90
  • Medium (3 toppings) = RM17.90
  • Large (3 Toppings) = RM20.90
  • Sanum (frozen yogurt + 3 fruits + 2 crunches + 1 sauces) = RM20.90

senarai harga llao llao

Promosi llao llao Setiap Hari Rabu

Untuk lebih jimat, anda boleh beli llao llao pada waktu promosi iaitu setiap hari Rabu dari 1pm hingga 7pm. Pada waktu ini, anda boleh dapatkan diskaun 11%, 22% dan 33% mengikut minggu pada setiap bulan.

  • Minggu 1 & Minggu 4 boleh dapatkan diskaun 11%
  • Minggu 2 & Minggu 5 boleh dapatkan diskaun 12%
  • Minggu 3 boleh dapatkan diskaun 33%

Dalam gambar dibawah merupakan harga selepas diskaun bagi Tub (M), Tub (L), Sanum, Smoothies dan Smoothies with Yogurt

senarai harga diskaun hari rabu 11 peratus, 22 peratus, 33 peratus

Sebagai contoh, jika anda order Tub M pada hari Rabu minggu ke-2, yang mana harga asal RM17.90 tetapi boleh dapat diskaun 22% menjadi RM14 sahaja.

Tambahan : Tambahan Diskaun RM10 Disini

Cara Order llao llao Untuk Pertama Kali. Mudah Sahaja!

Jadi untuk anda yang pertama kali nak order llao llao, mudah sahaja. Anda boleh ikut langkah dan cara dibawah:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan llao llao
  2. Kemudian pilih saiz bekas atau tub; sama ada small, medium atau large. Medium pun dah banyak
  3. Jika anda pilih medium, anda boleh pilih 3 jenis topping iaitu 1x buah-buahan, 1x bijiran dan 1x sos
  4. Siap! Bayar dan sedia untuk dinikmati

cara order llao llao pertama kali

Mudah sahaja bukan. Jadi untuk anda yang bercadang nak dapatkan diskaun untuk merasa llao llao, jangan lupa datang pada setiap hari Rabu untuk dapatkan promosi potongan diskaun sehingga 33 peratus.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Harga llao llao Promosi Diskaun Hari Rabu Sehingga 33%"