Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs PSM Makassar 14.12.2023 AFC Cup

Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs PSM Makassar 14.12.2023 AFC Cup

Semalam kita sudah saksikan aksi Terengganu bermain di AFC Cup dan meraih keputusan seri dan hari ini Sabah pula akan turun beraksi dalam perlawanan kedua untuk kumpulan H.

Kali ini wakil negara juga akan bertemu dengan wakil kelab Indonesia dalam perlawanan Sabah vs PSM Makassar pada 14 Disember 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Likas.

Ianya merupakan venue yang sama ketika pertemuan Terengganu dan Bali United semalam dimana perlawanan tersebut berkesudahan dengan 1-1.

Mungkin ada resepi yang dikongsikan oleh rakan pemain Terengganu ketika bertemu dengan pasukan daripada liga Indonesia tempoh hari agaknya kali ini.

Ini merupakan perlawanan kedua untuk kedua-dua pasukan dalam saingan AFC Cup 2023. PSM Makassar sebelum ini telah tewas ditangan wakil Vietnam iaitu Hai Phong FC dengan jaringan 3-0.

Berbeza dengan Sabah apabila bermula dengan langkah kanan tempoh hari di Likas apabila berjaya menjinakkan wakil Singapura Hougang United dengan keputusan 3-1.

Selepas perlawanan tersebut, Sabah berada di tempat kedua berkongsi mata dengan Hai Phong untuk 3 mata pertama. Manakala PSM Makassar di tempat terakhir iaitu tempat keempat tanpa sebarang mata.

Jika dilihat keadaan ini, PSM Makassar pastinya inginkan pungutan mata pertama pada malam ini. 3 mata pastinya ingin dicapai atau setidak-tidaknya mampu untuk dapatkan 1 mata melalui keputusan seri.

Sabah juga pasti mahukan perkara yang sama untuk peroleh kemenangan. Mereka sebolehnya tidak mahu kecundang di tanggan wakil Indonesia tersebut pada perlawanan ini.

Jika dilihat daripada segi prestasi semasa, Sabah adalah lebih baik terutamanya perbandingan kedudukan carta liga masing-masing. PSM Makassar di tempat ke-14, manakal Sabah di tempat ke-5.

Kedua-dua pasukan ini juga tidak pernah bertemu. Ini merupakan pertembungan kali pertama bagi PSM Makassar FC dan Sabah FC.

Tetapi PSM Makassar sebelum ini pernah bertemu wakil negara iaitu KL City juga dalam saingan AFC Cup dan ketika itu wakil kita lebih unggul apabila berjaya membelasah PSM Makassar dengan 5-2.

Jika KL City mampu untuk mencatat keputusan sedemikian, Sabah juga pasti untuk ulanginya meskipun bermain di tempat lawan. Sabah pastinya mampu untuk pulang dengan 3 mata pada perlawanan ini nanti.

Siaran Langsung Sabah vs PSM Makassar

Ketika perlawanan ini berlangsung, satu lagi perlawanan dalam kumpulan H juga turut diadakan iaitu Hougang United vs Hai Phong berlangsung di Jalan Besar.

Tapi anda boleh saksikan perlawanan Sabah vs PSM Makassar secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Untuk yang ingin menonton secara live streaming, anda boleh langgan pakej sukan di platform web atau aplikasi Sooka. Boleh juga menonton perlawanan ini.

Jadi jangan lupa temu janji kita untuk menyaksikan Sabah FC vs PSM Makassar FC untuk aksi kedua AFC Cup 2023 pada 14 Disember ini, hari Khamis pada pukul 8.00 malam

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs PSM Makassar 14.12.2023 AFC Cup"