Review Filem Nowhere Netflix, Kisah Survival Seorang Ibu Di Tengah Laut

Review Filem Nowhere Netflix

Kadang-kadang kalau nak layan Netflix ni mudah je, nampak ada yang tengah viral boleh terus tengok. Terbaru ini menerusi filem Nowhere yang ditayangkan sejak September 2023.

Ianya merupakan sebuah filem asal Sepanyol tontonan seluruh dunia. Jadi anda boleh saksikan filem ini menerusi Netflix Malaysia. Tak perlu sambungan VPN bagai.

Filem arahan Albert Pinto ini menampilkan dua sahaja teraju utama iaitu Anna Castillo dan Tamar Novas disamping seorang bayi sepanjangn pengembaraan.

Sinopsis Filem Nowhere

Kisah filem Nowhere bermula pada zaman dimana Sepanyol mengalami masalah kekurangan sumber asas di seluruh negara. Jadi bekalan asas nak kongsi untuk semua warga negara tidak mencukupi.

Disebabkan itu, pihak berkuasa telah mengambil pendekatan yang kejam dimana akan membunuh ibu hamil dan kanak-kanak dengan tujuan untuk mengurangkan populasi sekali gus bekalan asas cukup.

Disebabkan itulah, pasangan suami isteri Mia (Anna Castillo) dan Nico (Tamar Novas) membuat keputusan untuk meninggalkan negara tersebut dan berpindah ke Ireland.

Tetapi pergerakan mereka terbatas disebabkan Mia tengah sarat hamil. Jadi Nico membuat keputusan untuk lari secara haram dengan menaiki kontena.

Dalam keadaan huru-hara tersebut, tiba-tiba Nico dan Mia terpisah dengan menaiki kontena yang berlainan. Maka tinggallah seorang diri Mia bergerak ke Ireland tanpa suami disisi.

Sinopsis Filem Nowhere Netflix

Dalam perjalanan tersebut, kapal dagang yang dinaiki tersebut telah dipukul ombak kuat dan banyak kontena terhumban ke dalam laut termasuk kontena Mia.

Sejak dari itulah, Mia terus berjuang untuk hidup berada dalam kontena tersebut seorang diri. Ditambah pula, Mia telah melahirkan bayinya secara sendiri ditempat tersebut.

Maka pelbagai cabaran yang dilalui oleh Mia untuk terus servive. Bagaimana ingin mengelakkan kontena tenggelam? Macam mana nak cari sumber air bersih? Makanan? Untuk bayi yang baru lahi dan sebagainya.

Review Filem Nowhere

Secara jujur aku suka tengok filem survival ni tapi rasanya dah lama tak muncul baik tayangan di pawagam mahupun di mana-mana platform penstriman seperti Netflix ni.

Sebelum ini pernah tengok 127 Hours, Alive, Buried, Survival Famlily dan sebagainya. Now muncul kembali satu lagi karya terbaru mengisahkan tentang perjuangan untuk hidup di tempat yang asing.

1. Banyak Fokus Dalam Babak Di Kontena

Cerita ni hampir kesemuanya berada dalam kontena yang tertulis 'Nowhere' sahaja. Kemudian lokasi kontena ini pula berada di tengah laut tanpa ada apa-apa disampingnya.

Disebabkan Mia hanya berada di dalam kontena di tengah laut. Dia hanya boleh menggunakan barang-barang yang ada dalam kontena itu sahaja seperti baju, bekas makanan, earphone, tv dan beberapa barang keperluan lain.

Dia tidur, dia makan, dia minum hatta melahirkan anak pun dalam kontena ni. Nampak real dan betul-betul macam dalam kontena sepanjang penceritaan. Tapi sebenarnya memang mereka menggunakan kontena yang sebenar pun kalau tengok bts.

2. Survival Skill Yang Baik

Ini adalah point utama cerita 'Nowhere' bagaimana seorang wanita yang baru melahirkan anak mampu untuk suvive atau bertahan di tengah-tengah laut luas tanpa sesiapa disini.

Pada awalnya kita mungkin boleh rasa lagi, Mia pasti mampu untuk survive berseorangan. Tetapi keadaan menjadi intense apabila dia melahirkan anak bersendirian.

Review Filem Nowhere Netflix

Sekarang selain daripada pastikan diri dia terus hidup, dia juga kena pastikan baby yang baru lahir tersebut juga mampu untuk bertahan selama mungkin.

Siapa sangka barang-barang yang pada awalnya nampak tidak berguna yang tersedia dalam kontena tersebut akhirnya menjadi penyelamat untuk kedua beranak tersebut.

Bekas makanan boleh tadah air hujan untuk minum, getah pada penutup bekas makanan boleh buat tutup lubang, tali earphone boleh jadi jala ikan, wayar tv boleh buat jahit luka. Hebat!

3. Ada Sedikit Tak Logik

Tapi dalam pada aksi survival skill yang ditunjukkan sepanjang penceritaan, ada juga lah yang tak logik sikit. Paling ramai perasan rasanya line telefon di tengah laut lah. Tengah laut boleh buat call lagi. Hebat.

Selain itu, potong besi kontena yang aku rasa sangat tebal. Tapi dia boleh potong guna pisau lipat je. Elak air masuk guna salotape je. Adeh. Kontena lain jatuh laut semua tenggelam, dia punya je terapung lebih dari 20 hari.

Duduk tengah laut dalam besi kontena. Tak nampak pula dia rasa kepanasan. Kulit muka cantik je lagi. Panas terik bukan masalah untuk Mia nampaknya. Mungkin ada beberapa lagi.

Tapi kesemua yang macam tak logik ni sebenarnya bagi aku tidak mengganggu penceritaan pun, tapi lagi menarik dan best. Jadi benda-benda tu semua macam picisan sahaja.

Aku rasa babak yang paling tak logik dan sepatutnya tak perlu pun adalah telefon suami si Nico tu. Tak perlu rasanya. Tapi mungkin sebab nak main emotional, ermm rasa macam tak sampai pun melainkan kalau Nico tu memang ada. Ini suara je muncul.

Review Filem Nowhere Netflix

Kesimpulan

Secara keseluruhan, aku sangat suka filem Nowhere ni. Walaupun ada yang tak logik, tapi penceritaan tetap menarik. Survival skill pun hebat. Mungkin Mia ni seorang cikgu, sebab tu dia pandai sikit.

Tambah lagi, pelakon utama Anna Castillo ni lawa juga. Ada yang kata macam Nor Danish. Jadi nak tengok filem ni takda la melopong sangat.

Cerita ni ada babak yang disturbing sikit dan tak sesuai nak tengok dengan family atau anak-anak terutamanya ketika Mia melahirkan anak. Sebab Mia telanjang bulat. Nampak la apa yang tak patut.

⏩ Dapatkan Netflix Murah - Disini

Selain itu, ada babak makan uri, makan ikan mentah dan paling bagi aku paling terkesan bila kulit peha dia terkoyak dan ianya dipaparkan depan-depan. Seriua beb hahaha

Apa-apapun aku enjoy filem Nowhere ni. Kudos untuk pengarah dan semua kru serta pelakon yang terlibat. Harap lepas ni banyak lagi filem survival ni di Netflix. Mantap!

Akhir sekali, ingat Snickers ingat Nowhere.


Rating Nowhere : 8.5/10 

1/Post a Comment/Comments

  1. Akak baru lepas tengok tutup mata dengan bantal bila ada babak yang mengerunkan huhuhu mujur boleh layan sampai habis, kalau ikut agak tidak berminat cerita macam ni nak tengok sorang2

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post