Siaran Langsung Keputusan Sri Pahang vs Terengganu Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Sri Pahang vs Terengganu Live Streaming Liga Super 2023

Kini sudah sampai ke perlawanan terakhir bagi minggu ke-23 Liga Super 2023 dimana bakal mempertemukan 2 pasukan pantai timur Sri Pahang FC vs Terengganu FC.

Selain daripada perlawanan antara pertemuan antara pasukan pertengahan liga, ini juga menjadi perlawanan tumpuan untuk minggu ini iaitu bagi Derby Pantai Timur.

Sri Pahang vs Terengganu akan berlangsung pada 29 Oktober 2023, hari Ahad iaitu pada hujung minggu ini dan kali ini akan bermain di Kuantan di Stadium Darul Makmur.

Kedua-dua pasukan kini dipisahkan dengan 8 mata; Sri Pahang di tangga keempat, manakala Terengganu di kedudukan keenam dalam Liga Super. Hanya dipisahkan dengan Sabah dikedudukan kelima.

Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk Sri Pahang dan Terengganu. Kali pertama mereka bertemu juga dalam saingan liga iaitu pada LS10 yang lalu dimana memperlihatkan Sri Pahang menang 2-1.

Ketika itu bermain di Terengganu, tetapi mereka tidak berjaya menggunakan kesempatan tersebut untuk mendapatkan mata, sebaliknya tewas kepada pasukan lawan.

Kali ini giliran Sri Pahang pula akan menjadi tuan rumah dan sudah tentu tidak mahu menerima nasib yang sama oleh Terengganu dan mahu menggunakan kelebihan yang ada sebaiknya.

Jika dilihat prestasi semasa dalam saingan liga tidak jauh beza. Dalam lima perlawanan terakhir, Sri Pahang menang 3 game dan tewas 2 game. Manakala Terengganu menang 3 perlawanan dan masing-masing seri dan kalah sekali.

Tetapi Terengganu mungkin ada masalah faktor kepenatan kepada pemain-pemain mereka berbanding Sri Pahang. Ini kerana Terengganu masih mengharungi 2 lagi kejohanan lain iaitu Piala Malaysia dan AFC Cup.

Sri Pahang hanya fokus kepada siangan liga sahaja. Ini bermakna, sekali lagi mereka mempunyai skuad yang fresh dan bertenaga jika dibandingkan dengan skuad pasukan pelawat.

Tapi inilah semangat pantai timur, pastinya perlawanan ini tidak akan dipandang mudah untuk kedua-dua pasukan. Sri Pahang juga kini sedang memburu tempat kedua bagi mendapatkan slot Asia.

Tidak boleh tidak, mereka juga perlu menang untuk mencerahkan lagi peluang tersebut. Pastinya perlawanan menarik yang akan dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.

Jadual Dan Siaran Langsung Sri Pahang vs Terengganu

Untuk orang Kuantan khususnya, jangan lupa datang dan penuhkan stadium pada malam ini. Tidak lupa juga kepada semua penyokong yang berada di Pahang, datang juga jika berkelapangan.

Tetapi sekiranya tidak berkesempatan untuk hadir, jangan risau anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di platform RTM Klik sama ada di website atau aplikasi Mobile. Boleh juga menggunakan Sooka juga secara percuma.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Derby Pantai Timur untuk aksi Liga Super 2023 LS23 antara Sri Pahang vs Terengganu pada 29 Oktober ini, hari Ahad bertempat di Stadium Darul Makmur

29 Oktober 2023 (Ahad)

FT : Sri Pahang (2) - (2) Terengganu

  • Omid Nazari 25', 72'
  • Rafael Silva 78'
  • Sergio Aguero 80'

Masa : 8.15 Malam
Venue : Stadium Darul Makmur
Tayangan TV : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post