Telefilem Batu Nisan Ibu Di TV3

Telefilem Batu Nisan Ibu Di TV3

Saksikan telefilem Batu Nisan Ibu yang akan menemui penonton pada 14 Oktober 2023, bersiaran semula pada 14 Oktober 2023, hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Murali Abdullah dengan nukilan skrip daripada MF Kencana.

Sinopsis Telefilem Batu Nisan Ibu

Telefilem Batu Nisan Ibu menampilkan barisan pelakon seperti Redza Rosli, Nabila Huda, Nor Alleeya, Ayu Raudah, Dato' Rahim Razali, Mohd Izuan Fitri, Balkisyh Sumundur Khan, Hair Safwan, PU Azman dan ramai lagi.

  • Nabila Huda sebagai Ana
  • Dato' Rahim Razali sebagai Pak Ali
  • Redza Rosli sebagai Badrul
  • Alleeya sebagai Rina
  • Izuan Fitri sebagai Haikal
  • Ayu Raudhah sebagai Mak Su
  • Hairi Safuan sebagai Pak Su
  • PU Azman sebagai Ustaz Mazlan

Ianya mengisahkan tentang tentang Ana yang mengandungkan anak luar nikah kerana terlanjut dengan teman lelakinya, Badrul.

Ayahnya, Pak Ali berasa amat malu lantas menghalau pasangan itu keluar dari kampung. Disebabkan itu, mereka keluar dari kampung dan mulakan hidup baharu di pinggir bandar.

Badrul ialah seorang lelaki yang suka berpoya dan menghilangkan diri tanpa berita ketika Rina berusia 9 tahun.

Takdir menentukan Ana meninggal dunia dan Rina dibesarkan oleh Pak Ali. Setelah beberapa tahun Ana dikebumikan, pusaranya terbiar dan tidak mempunyai batu nisan.

Rina nekad mengumpul duit demi membeli batu nisan untuk arwah ibunya. Perkara ini menimbulkan kemarahan Pak Ali kerana dia memang sengaja tidak mahu meletakkan batu nisan. Dia tidak mahu orang kampung tahu bahawa anaknya dikebumikan di kampung itu.

Telefilem Batu Nisan Ibu Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Batu Nisan Ibu Di TV3"