Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu Di TV1

Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu Di TV1

Saksikan telefilem Jangan Panjat Pagar Itu yang akan menemui penonton pada 14 Oktober 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem khas yang dibawakan sempena Hari Warga Emas Sedunia ini merupakan terbitan syarikat produksi Hundo Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Paly Ishak dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri bersama Amira Zahra dan Hafizee Hatta.

Sinopsis Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu

Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu menampilkan barisan pelakon seperti Jalil Hamid, Kenji Sawahi, Sathiya, Hafizee Hatta, Dboy Hamdan, Putera Qamarul dan ramai lagi.

  • Jalil Hamid sebagai Rahmat
  • Kenji Sawahi sebagai Boon
  • Sathiya sebagai Jaya

Ianya mengisahkan tentang perjalanan tiga sahabat baik yang tinggal di rumah warga emas iaitu Rahmat, Boon dan Jaya.

Kali ini lebih special, sempena hari lahir Rahmat, Jaya dan Boon berhasrat akan menunaikan apa sahaja permintaan sahabat mereka itu.

Rupa-rupanya Rahmat menyimpan keinginan mahu bebas dan lari dari rumah warga emas tempat mereka tinggal.

Meskipun ragu-ragu dan bimbang dengan tindakan yang diambil, mereka bertiga memutuskan untuk melarikan diri dari situ. Mereka lari tanpa membawa sebarang pengenalan diri.

Kehilangan mereka akhirnya disedari warden rumah warga emas itu. Warden tersebut telah meminta bantuan Inspektor Betul untuk mencari mereka bertiga.

Pelbagai insiden berlaku sepanjang pencarian menjejak tiga sahabat itu. Akhirnya mereka dijumpai di rumah Che Yah. Namun siapakah Che Yah? Apakah hubungan mereka dengan wanita tersebut?

Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu Di TV1"

Comment Author Avatar
Jmeput join segmen saya :)

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html