Telefilem Kokok Di TV2

Telefilem Kokok Di TV2

Saksikan telefilem Kokok yang akan menemui penonton pada 2 Oktober 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Kokok merupakan makhluk ghaib dimana ceritanya pernah menggemparkan masyarakat Sabah khususnya mereka yang tinggal di pinggir desa dan kini diadaptasi kepada telemovie.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Panji Borneo Sdn. Bhd., dirahkan oleh Ahmad Hashim dengan nukilan skrip daripada Makbul Manan.

Sinopsis Telefilem Kokok

Telefilem Kokok menampilkan keseluruhan pelakon baru dari Sabah seperti Norah Ting, Shafiq RD, Duliam Suari, Maria Magdelina, Ajat Atuh, Farhan Azmee dan ramai lagi.

  • Norah Ting sebagai Puteri Dang Gulangan
  • Shafiq RD sebagai Akil
  • Maria Magdelena sebagai Neng
  • Ajat Atuh sebagai Tugal
  • Farhan Azmee sebagai Azrey

Ianya mengisahkan tentang Akil iaitu seorang pembalak dan pengekspot perabot yang telah menarik kemarahan alam ghaib dan disifatkan sebagai pemusnah alam semulajadi.

Makhluk ghaib yang marah telah menangkap Akil untuk dibicara di alam mereka. Namun sesuatu telah terjadi dimana Akil dan Puteri di alam Kokok telah jatuh cinta antara satu sama lain.

Telefilem Kokok Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Kokok Di TV2"