Korea Masters 2023 : Jadual Keputusan Perlawanan Dan Siaran Langsung

Korea Masters 2023 : Jadual Keputusan Perlawanan Dan Siaran Langsung

Selesai di Eropah, kini pemain-pemain badminton akan beralih semula ke Asia dan kejohanan pertama ini akan berlangsung di bumi kpop iaitu menerusi BWF Korea Masters 2023 yang mana bakal berlangsung dari 7 hingga 12 November 2023.

💡Table Of Contents

  1. Info Kejohanan
  2. Pemain & Wakil Malaysia
  3. Siaran Langsung Korea Masters 2023
  4. Keputusan Terkini Perlawanan

Kejohanan Super 300 ini akan diadakan di Gwangju Women's University Stadium di Gwangju, Korea Selatan dengan hadiah keseluruhan yang ditawarkan adalah sehingga USD 210,000 atau sekitar RM980 ribu.

Korea Master 2023 akan menjadi kejohanan ke-31 dalam kalendar BWF World Tour 2023 dan ianya merupakan sebahagian daripada Korea Masters Championships yang telah diadakan sejak 2007. Kejohanan ini dianjurkan oleh Badminton Korea Association dengan kerjasama BAM.

Korea Masters 2023

Kejohanan : Korea Master 2023
Tahap : Super 300
Tarikh : 7 hingga 12 November 2023
Venue : Gwangju Women's University Stadium
Hadiah : USD210,00 (~RM980 Ribu)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Korea Master 2023

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pemain no. 1 negara Lee Zii Jia menarik diri daripada menyertai Korea Master 2023 atas faktor kecederaan. Untuk melihat senaria penuh wakil negara yang layak dan menyertai kejohanan ini, boleh lihat senarai dibawah

[Perseorangan Lelaki] - Leong Jun Hao, Soong Joo Ven

[Perseorangan Wanita] Tiada wakil

[Beregu Lelaki] - Arif Junaidi/Roy Kin Yap, Lwi Sheng Hao/Jimmy Wong, Nur Mohd Azriyn/Tan Wee Kiong, Goh Sze Fei [5]/Nur Izzuddin, Low Hang Yee, Ng Eng Cheong, Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci

[Beregu Wanita] - Tiada wakil

[Beregu Campuran] -  Chan Peng Soon/Cheah Yee See, Chen Tang Jie [4]/Toh Ee Wei, Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin, Goh Soon Huat [5]/Lai Shevon Jemie, Roy King Yap/Valeree Siow, Tan Kian Meng [6]/Lai Pei Jing

Siaran Langsung Korea Master2 2023

Setiap kejohanan BWF Super 300 dan ke atas akan dibawakan secara langsung di kaca tv menerusi Astro Supersport 4 (saluran 814) termasuklah kejohanan Korea Masters ini. Tetapi ianya hanya akan bermula pada peringkat separuh akhir pada Sabtu ini.

Jadi bagi peringkat awal sebelumnya, anda masih boleh saksikan perlawanan tersebut tetapi hanya secara live streaming iaitu menerusi laman youtube rasmi BWF di @BWFTV. Mungkin perlukan sambungan VPN khusus untuk penonton Malaysia.

Keputusan Terkini Korea Masters 2023

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Korea Masters 2023 bermula 7 hingga 12 November ini. Jadual dan keputusan akan dikemaskini disini dari semasa ke semasa terutamanya melibatkan wakil negara bagi setiap peringkat.

7 November 2023 (Selasa) - Pusingan Kelayakan, Q & Pusingan 32

~ Perlawanan pertama bermula pada pukul 9.00 pagi waktu Malaysia. Live Streaming : Link1 | Link2

[MD] Arif Junaidi/Roy Kin Yap (MAS) vs (TPE) Ming Che Lu/Tang Kai Wei - [21-14, 16-21, 21-23]

[MD] Lee Jhe Huei [3]/Yang Po Hsuan (TPE) vs (MAS) Lwi Sheng Hao/Jimmy Wong - [21-8, 21-11]

----------------------------------------------

8 November 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan pertama bermula pada pukul 9.00 pagi waktu Malaysia. Live Streaming : Link1 | Link2

[XD] Chan Peng Soon/Cheah Yee See (MAS) vs (TPE) Yang Po Hsuan/Hu Ling Fang - [11-21, 14-21]

[XD] Chen Tang Jie [4]/Toh Ee Wei (MAS) vs (TPE) Chen Zhi Ray/Yang Ching Tun - [21-9, 21-6]

[XD] Hashiru Shimono/Miku Shigeta (JPN) vs (MAS) Goh Soon Huat [5]/Lai Shevon Jemie - [8-21, 12-21]

[XD] Wang Chan/Shin Seung Chan (KOR) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin - [21-23, 15-21]

[XD] Lu Chen/Cheng Yu Pei (TPE) vs (MAS) Tan Kian Meng [6]/Lai Pei Jing - [15-21, 10-21]

[MD] Low Hang Yee/Ng Eng Cheong (MAS) vs (TPE) Fang Chih Lee [4]/Fang Jen Lee - [14-21, 14-21]

[XD] Lee Jhe Huei/Hsu Ya Ching (TPE) vs (MAS) Roy King Yap/Valeree Siow - [14-21, 10-21]

[MD] Goh Sze Fei [5]/Nur Izzuddin (MAS) vs (KOR) Choi Hyuk Gyun/Kim Jaehwan - [21-8, 17-21, 21-12]

[MD] Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci (MAS) vs (TPE) Lee Yang [2]/Wang Chi Lin - [12-21, 16-21]

[MD] Nur Azriyn/Tan Wee Kiong (MAS) vs (JPN) Tori Aizawa/Yuto Noda - [21-11, 21-12]

[MS] Dmitriy Panarin (KAZ) vs (MAS) Soong Joo Ven - [18-21, 24-22, 16-21]

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (SGP) Jia Heng Jason Teh - [13-21, 21-9, 23-21]

----------------------------------------------

9 November 2023 (Khamis) - Pusingan 16

10 November 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

11 November 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

12 November 2023 (Ahad) - Final

Untuk anda yang ingin dapatkan live scrore dan info penuh berkaitan jadual dan keputusan bagi perlawanan-perlawanan sepanjang Korea Masters ini, anda boleh semak di laman web rasmi BWF di bwf.tournamentsoftware.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Korea Masters 2023 : Jadual Keputusan Perlawanan Dan Siaran Langsung"