Cara Tonton Siaran Langsung JDT vs Kuching City Liga Super Malam Ini

Cara Tonton Siaran Langsung JDT vs Kuching City Liga Super 23.11.2023

Liga Super 2023 kini disambung semula bagi minggu ke-24 (LS24) dimana perlawanan pertama yang bakal berlangsung adalah pertemuan antara JDT vs Kuching City.

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung pada 23 November 2023, hari Selasa, dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Pertemuan ini adalah kali kedua untuk dua-dua pasukan. Kali pertama mereka bertemu juga dalam saingan liga pada Mei yang lalu dan ketika itu bermain di Sarawak dan telah menyaksikan JDT menang 4-1 bertemu Kuching City.

💡Table Of Contents

  1. Datang Ke Stadium
  2. Siaran Langsung Arena Bola 803
  3. Live Streaming Sooka

Kali ini, misi agak sukar untuk Kuching City apabila perlu berhadapan dengan juara sedekad Liga Super itu di tempat lawan yang menjadi kubu kuat pasukan tersebut.

Ini ditambah pula dengan kemenangan demi kemenangan bagi pasukan JDT. Menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum tewas dalam semua acara termasuk liga sehingga kini.

Adakah Kuching City mampu untuk berikan kejutan pada malam perlawanan nanti? Mungkin juga mereka perlu atur strategi, macam mana nak skor lawan JDT terlebih dahulu.

Kesemua jawapan ini akan dijawab pada perlawanan yang bakal berlangsung nanti? Kat mana nak tengok? Sudah semestinya di beberapa saluran yang anda boleh saksikan perlawanan ini nanti.

3 Cara Tonton Siaran Langsung JDT vs Kuching City

Jadi nak tengok kat mana perlawanan Liga Super 2023 antara JDT vs Kuching City nanti? Ini ada 3 cara untuk anda menyaksikannya

1)  Datang Ke Stadium

Cara yang terbaik pastinya anda boleh datang ke Stadium Sultan Ibrahim untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung dengan lebih dekat.

Dalam masa yang sama, anda juga boleh bagikan sokongan dan sorakan kepada pasukan kesayangan anda ini, bagi memastikan para pemain beraksi dengan baik.

Jadi jangan lupa datang ke stadium pada hari perlawanan untuk menonton perlawanan bola sepak dan dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.

2)  Siaran Langsung Di Astro Arena Bola

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini, jangan risau. Ini kerana ianya turut dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan online Astro Go.

Khusus untuk pelanggan Astro, anda boleh tengok secara percuma saluran ini sekiranya anda melangan Pek Sukan. Jika tidak, anda boleh buat add-on pek liga Malaysia.

3)  Live Streaming Di Sooka

Untuk yang tidak mempunyai Astro, ada alternatif untuk membolehkan anda menonton JDT vs Kuching City pada malam tersebut iaitu tontonan secara live streaming.

Anda boleh menggunakan platform Sooka iaitu sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pas satu perlawanan serendah RM9.90 atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post