Drama Adam Bukan Adam - Sinopsis Dan Full Episod Astro Ria

Drama Adam Bukan Adam

💡Table Of Contents

  1. Pelakon & Watak
  2. Sinopsis

Saksikan drama siri original Gempak berjudul Adam Bukan Adam yang akan menemui penonton mulai 2 November 2023 di Astro Ria (saluran 104).

Drama 8 episod yang menampilkan genre suspen dan misteri iniakan bersiaran setiap hari Khamis pada pukul 11.00 yang juga turut boleh distrim di aplikasi Sooka pada hari berikutnya.

Cerita ini merupakan terbitan syarikat produksi KL Motion Pictures Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Wan Alauddin Wan Zainuddin.

Pelakon & Watak Lakonan

Drama Adam Bukan Adam menampilkan Tiz Zaqyah, adik Dzul Hadziq, Aidit Noh, Haidar Hasanudin dan Atikah Suhaime sebagai teraju utama.

Mereka dibantu oleh pelakon-pelakon lain seperti Hafiz Halim, Rashidi Ishak, Ruminah Sidek, Farhana Fahizam dan ramai lagi.

  • Tiz Zaqyah sebagai Anita
  • Dzul Hadziq sebagai Adam
  • Aidit Noh sebagai Sohaimy
  • Haidar Hasanudin sebagai Raof
  • Atikah Suhaime sebagai Zurra
  • Hafiz Halim sebagai Kahar
  • Rashidi Ishak sebagai Inspektor Dani
  • Ruminah Sidek sebagai Mak Sohaimy
  • Farhana Fahizam sebagai Cikgu Aida

Sinopsis Drama Adam Bukan Adam

Drama Adam Bukan Adam mengisahkan tentang Adam yang telah meresahkan keadaan orang sekeliling apabila mampu melakukan aktiviti orang dewasa dengan mudah.

Pelbagai cara untuk ketahui apakah punca masalah tersebut sehinggalah mereka dapat tahu ada satu entiti individu bernama Sohaimy telah menumpang badan Adam tersebut.

Apakah misteri yang ingin disampaikan oleh Adam bersama entiti tersebut? Siapa pula Sohaimy ini sebenarnya?

Drama Adam Bukan Adam

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Adam Bukan Adam - Sinopsis Dan Full Episod Astro Ria"