Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Perak (4-1) Separuh Akhir Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Perak (4-1) Separuh Akhir Piala Malaysia 2023

Mampukah Perak untuk bangkit mengejar JDT dengan ketinggalan jaringan yang besar untuk saingan timbal balik kedua separuh akhir Piala Malaysia 2023 akan datang nanti agaknya?

Kesemuanya akan terjawab apabila perhitungan dibuat sekali lagi antara JDT vs Perak pada 2 November 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Pada perlawanan pertama di Ipoh, seperti yang diramalkan Johor Darul Ta'zim akan mendominasi keseluruhan perlawanan ketika bertemu Perak.

Jangkaan ini pastinya dibuat selepas kita semua telah lihat bagaimana JDT menjadi satu-satunya pasukan yang tidak dan belum pernah kalah dalam mana-mana kejohanan tempatan sehingga sekarang.

Bukan itu sahaja, kini mereka telah pun memastikan 3 kejuaraan yang telah dicapai. Pada permulaan musim menerusi Piala Sultan Haji Ahmad Shah, kemudian juara Piala FA 2023 dan terbaru juara Liga Super 2023 dan sedekad lamanya.

Jadi tidak hairan apabila JDT menguasai sepenuhnya pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia sehingga berjaya menumbangkan Perak dengan jaringan 4-1.

Jika dihitung, ianya merupakan jumlah jaringan yang besar sebenarnya. JDT boleh sahaja seri pada perlawanan kali ini, hatta tewas dengan perbezaan 2 gol, tapi itu bukanlah style JDT.

Mereka pastinya akan terus 'hunger' untuk mencetak gol dan juga mahu teruskan dominasi dalam Liga Malaysia ini dengan meneruskan rentak kemenangan sehingga ke penamat.

Perak jika ingin layak ke final, mereka pada mulanya perlu mencari 3 gol untuk menyamakan jumlah aggregat tanpa dibolosi walau 1 gol daripada JDT.

Sekiranya mereka berjaya mencari jaringan tersebut, misi seterusnya sekurang-kurangnya dapat 1 gol lagi. Tapi perlu ingat, mereka perlu memastikan gawang mereka tidak dibolosi.

Tapi sepertinya agak mustahil, lagi-lagi jika dilihat daripada sejarah antara kedua-dua pasukan ini. Dalam saingan liga, kedua-dua pertemuan berakhir dengan jaringan 5 gol tanpa JDT bolos.

Pada perlawanan pertama sebelum ini lah, baru Perak berjaya menjaringkan 1 gol.

Kini ditambah pula, mereka akan bertandang ke kubu kuat JDT di SSI. Untuk musim ini, mereka hanya pernah seri sekali sahaja dan itupun diluar daripada stadium keramat mereka.

Adakah Perak mampu untuk merialisasikan impian dan harapan tersebut? Tiada yang mustahil dalam bola sepak sekiranya ada pasukan memandang rendah kepada pihak lawan.

Mungkin kali ini jika JDT main sambil lewa, Perak mampu membalas dan menghancurkan harapan JDT untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada musim lalu.

Jadual Dan Siaran Langsung JDT vs Perak Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2023

Aggregat kini 4-1 memihak kepada JDT. Pemain-pemain Perak FC terutamanya perlu bekerja lebih 200% untuk mengejar jaringan tersebut bagi melayakkan diri ke final.

Selain daripada itu, peminat dan penyokong juga pastinya memberikan tonik tambahan kepada para pemain. Khusus untuk kedua-dua pasukan, jangan lupa datang ke stadium dan berikan sokongan anda.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir atau mereka yang menonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) dan secara online di Astro Go.

Manakala untuk yang tiada akses, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau menggunakan aplikasi mobile.

Untuk ketahui, pasukan manakah yang akan ke final, jangan lupa saksikan aksi separuh akhir ke-2 Piala Malaysia 2023 antara JDT vs Perak pada 2 November ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.

2 November 2023 (Khamis)

FT : JDT (8) - (2) Perak (Agg: 12-2)

  • Arif Aiman 12'
  • Bergson da Silva 27', 60'
  • Heberty 32', 90+1'
  • Fernando Forestieri 52'
  • Syafiq Ahmad 62', 78'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

*JDT mara ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post